-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 3 Disember 2014

ANAK MURID LUPA DARATAN .....kesiannya!

PEMBACA
Erti kasih sayang walau mereka itu BINATANG! 
Peristiwa ni berlaku depan mata penulis, bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar satu perkongsian bahawa KADANG KALA KITA MUDAH LUPA JASA seorang guru kerana apabila sudah BERJAYA , manakala yang TIDAK BERJAYA itu selalunya LEBIH INGAT GURUNYA.....

Sudah setahun rasanya penulis tidak bertemu cikgu Fendi yang juga bekas rakan sekelas penulis suatu ketika dulu. Kesempatan makan malam dengannya tidak dilepaskan untuk berbual dan berbicara pelbagai perkara .......sudah lebih 10 tahun Cikgu Fendi mengajar disini ,rata rata penduduk setempat kenal akan dirinya kerana dia sememangnya anak jati kampung Aur . 

Sepanjang berbual , beberapa pemuda,pemudi  menyapa beliau dengan ramah .....ada yang sudah berkeluarga dan ada yang keluar bersama rakan rakan. Dirinya begitu dihormati .....penulis rasa kagum kerana terpalit  MURAH  rezeki dirinya ......Makan minum walau belum habis tapi telah DIBAYAR oleh bekas anak muridnya....alhamdulillah!.

Rata rata bekas bekas anak muridnya adalah golongan yang biasa, maksud penulis mereka tidaklah berjaya mana ,tetapi mampu hidup walau kelihatan tidak mewah. Sedang kami asyik berbual , triba triba datang seorang wanita mendukung anak kecilnya...

" Wira tu kete encik ke? " Tanya wanita itu pada cikgu Fendi...

" Yang mana......biru gelap tu ke...." Tanya cikgu Fendi sambil menjenguk keretanya yang kebetulan kawasan parking berhampiran dengan kedai kami minum.

" Yeee...boleh tolong alih tak ....kereta suami saya sangkut tak boleh keluar..." Kata Wanita itu tersenyum......

" Maaf...ok ok......" Segera Cikgu Fendi berlalu menuju ke keretanya......penulis pun mengikut langkah cikgu Fendi untuk ambil rokok didalam kereta...mana seronok nak berborak kalau rokok dah nak abis.......hahahaha!.

Sampai disitu ,kelihatan sebuah kereta mewah Toyota Velfire berada dibelakang kereta cikgu Fendi.....penulis dapat lihat dengan jelas pemandunya......lagaknya agak sombong , tak turun pun dari kereta ......setelah berjaya keluar...terus berlalu meninggalkan penulis dan cikgu Fendi......

"Macam anak Husin tu kan Fendi...." Tanya penulis.......

" Yee.....aku tauu..." Jawab Cikgu Fendi....

" Bekas anak murid ko kan.....dan dia juga yang ko jamin masuk universiti dulu......dia juga yang menyebabkan ko hampir disenarai hitam ......" Penulis lepaskan geram kerana cikgu Fendi pernah bercerita tentang anak Husin bernama Fauzi ini......seorang pemuda yang seolah lupa diri, sedangkan semasa nak belajar, cikgu Fendi inilah yang banyak membantunya,malah menjadi penjamin nya sampai ke luar negara, paling sedih...hutang belajarnya tidak dibayar dan cikgu fendilah yang terpaksa menanggung segalanya.........aduyaiiiiiiiiii!! Donia .........donia........

"Tak pelah Misbah.........aku malas nak ungkit ungkit dah.......sebab tu aku lebih suka lihat ANAK MURID AKU YANG KURANG BERJAYA, MEREKA LEBIH HORMAT AKU DARI MEREKA YANG BERJAYA........." Jawab Cikgu Fendi sambil cuba senyum........

Penulis juga cuba tersenyum walau hati masih sakit ........tapi KESIAN PULA BILA MEMIKIRKAN NASIB FAUZI .......hidupnya TIADA KEBERKATAN walau dia berjaya, moga moga dia tersedar.........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.