-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 19 Disember 2014

ADAKAH INI PERMAINAN ASTRO MLM 2014

PEMBACA

Penulis merujuk kepada apa yang dikomen dan juga pelbagai pendapat tentang perjalanan Maharaja lawak #maharajalawakmega @ #mlm2014 dalam media sosial yang akan ditunjukkan dibawah nanti.



PERSOALAN  yang penulis dapat....."ADAKAH INI SEMUA SATU PERMAINAN ASTRO " 

Rujuk  fakta diberi , adakah benar?? 

Jika pada pelawak dalam MLM ramai berkata, "Populariti mengatasi kualiti " , tetapi dalam Astro mereka utamakan POPULARITI untuk menjadikan rancangan ini MLM terus diterima peminat......buktinya?

Undian PENENTU ditentukan oleh Juri bukan peminat .......sebab itu kadang kala kita lihat keputusannya AGAK PELIK dan tidak logik .......kumpulan yang tidak TERKENAL diberi bintang yang rendah walau persembahan mereka lebih bagus dari kumpulan yang terkenal. 

Kumpulan yang terkenal pula memperoleh bintang yang banyak dari Juri walau persembahan mereka KURANG MENARIK dari kumpulan yang tidak terkenal .

Kenapa ini berlaku ?? Jawapnya mudah, juri itu kenal dengan PELAWAK terkenal dan adalah dikalangan rakan rakan mereka sendiri .....contoh paling mudah, camne Juri boleh pilih dato Ac Mizal sebagai Man Of the match sedangkan beliau bukan pelawak?? Esok lusa Juri pun boleh terpilih.......ye dak?? 


Tapi fakta paling penting dan agak tepat ialah .... Virus , Nabil,Shiro adalah diantara kumpulan yang akan dibawa ke peringkat akhir walau lawak mereka KURANG MENJADI .......jika  ini terjadi dalam saingan di peringkat akhir nanti maka tepatlah memang ada PERMAINAN yang DIRANCANG! 

Kenapa Nabil,Shiro dan Virus perlu kekal? Untuk populariti MLM itu sendiri, jika nama nama besar ini tersingkir, kemungkinan MLM akan semakin suam suam kuku jadinya.......

Penulis tertarik dengan satu komen dari seorang peminat MLM yang pelik macam mana kumpulan yang hangat seperti Bocey boleh berada di kedudukan 3 terendah? 

Jawapnya mudah, untuk mendapatkan undi ........meletakkan bocey di kedudukan ini cuma sebagai satu syarat untuk mencipta kontroversi ,lagipun jika anda mengundi pun , anda tidak mampu menentukan kedudukan kumpulan yang anda undi itu selamat atau tidak kerana KUASA PENUH DITANGAN JURI , undian kita sebenarnya cuma 30 % .....

Ada juga yang mempertikai macam mana nama nama besar dalam MLM tidak mampu memberikan persembahan yang baik ......penulis pun ada jawapan untuk soalan ini......iaitu kemungkinan "banyak job luar ' yang mereka perlu uruskan seperti menjadi pengacara dan berlakon. Biasalah, bila nama sudah dikenali, ramai yang berminat untuk mengambil mereka , ini peluang yang mereka ada , dan kesempatan ini tidak mungkin mereka tolak kerana PERIUK NASI MEREKA , jadi untuk MLM ini mereka buat ala kadar..."ala, aku kan popular, tak lawak pun aku MAMPU KE FINAL ".......betul ?

Untuk peminat MLM, apa yang penulis beri diatas adalah berdasarkan apa yang penulis faham melalui komen komen dibawah  , kerana apa penulis ambil komen komen mereka? Kerana MEREKA LAH YANG HIDUPKAN MLM , kalau mereka TIDAK mahu lagi komen atau ambil peduli hal ini......siapa yang nak tengok MLM nanti?? 

Jangan pula marah pada yang mempertikai kerana setiap orang ada hak , lebih lebih lagi SIARAN ITU BERBAYAR, bukan percuma......semua mahu yang berkualiti bukan populariti .....tetapi di pihak Astro pula pastilah mereka mahukan keuntungan kerana ini semua adalah satu PERNIAGAAN ....lu fikirlah sendiri !

Maaf jika ada yang tidak setuju dengan penilaian penulis ini , tak pelah.....kita harap TIADA PERMAINAN dalam Astro dan segalanya dibuat dengan betul , bukannya ape...asyik kena tipu jer lame lame kita pun rasa gak nak MENIPUUUUUUUUUUUUU.........

KITA TUNGGU DAN LIHAT.....TERJAWAP KAH PERSOALAN DIATAS?











0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.