-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 13 November 2014

BILA NYAMUK MENGGANAS..

PEMBACA

Macamana nak elak dari menggigit nyamuk?? ehh!!! silap.. dari digigit nyamuk ekkkk????

Cara mengelakkan gigitan nyamuk ni ada banyak cara dan pelbagai petua dan tips telah diberikan oleh atuk dan nenek pada zaman dulu. Tapi sebelum tu Nur nak tanya sikitla. Seronok ke sambil kite tengah sedap tido, ade plak nyamuk main² lumba motor haram kat tepi telinga?? Seronok ke sambil sedap tido nyamuk main gigit² kat hujung ibu jari kaki?? Nur rasa kebanyakan penduduk Malaysia pasti pernah merasai seperti apa yang Nur tulis kat atas tu kan kan kan?. Bagi mengelakkan gangguan nyamuk ketika tidur ni Nur ada beberapa tips dan cara lah yang boleh korang amalkan sendiri di rumah. Cara yang Nur nak sampaikan ni bukan sekadar memasang ubat nyamuk di dalam kelambu je tau, tetapi merangkumi segala aspek di dalam kehidupan seharian. Cewahhh..






5 Cara Mengelakkan Gigitan Nyamuk


1. Tidur dalam peti ais  Nyamuk tak akan boleh masuk ke dalam peti ais oleh kerana peti ais ini kedap udara. Misal kata lah nyamuk ni lepas jugak masuk, beliau tidak akan mampu menggigit korang kerana beliau tidak tahan dengan suhu peti ais yang sejuk..

2. Tidur dalam kolah  Sama macam nak mengelak serangan lebah, nyamuk pastinya tidak mampu menggigit korang di dalam kolam sebab nyamuk tak mampu untuk menyelam walaupun sebelum menjadi nyamuk beliau hidup sebagai jentik-jentik di dalam kawasan air yang bertakung..

3. Tidur dalam ketuhar mikro gelombang – Set api ketuhar dengan kepanasan sederhana dan nyamuk takkan mengganggu hidup korang lagi sebab takut kena kukus, gril, panggang, kukus, gril, panggang, kukus….

4. Tidur dalam asap tebal – Bukan sahaja nyamuk, tetapi kebanyakan serangga di dalam dunia ini takutkankan kepada asap melainkan Jin yang makanannya adalah asap. Bakar sabut kelapa serta bekas telur untuk mencipta asap tebal dan tidurlah di dalam asap tersebut dengan senyenyak-nyenyaknya..

5. Tidur dalam unggun api – Kalau dah semua cara kat atas tak boleh jalan, korang buat unggun api. Saiz bagi unggun api tu terpulang kat korang la, sebab Nur tak ada spesifik saiz untuk itu. Bila korang dah buat unggun api yang dikehendaki, korang boleh la teruskan dengan tidur di dalamnya. Nur jamin tak ada nyamuk yang akan berani mendekati korang lagi kecuali ajal yang semakin dekat.



Nur harap segala masalah berkenaan nyamuk yang korang alami selama ini akan selesai setelah mengamalkan 5 cara mengelakkan gigitan nyamuk ni ye. Kalau yang tak berjaya tu.., err... err... Nur larik dulu lah…ngiahahahah! toink toink!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.