-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 11 November 2014

IBU YANG TERKENA DALAM LENA

PEMBACA
Err... Kalau anda semua manusia yang berakal.... cer teka ni TV jenis apa??? 


Dalam hidup ni, Nur memang didik anak-anak termasuk en somi untuk berkongsi segala. Bak kata orang setiap apa yang nak dilakukan itu perlu diberitahu atau bertanya.

Tapi nur terasa jugak, cara Nur ni kadang kala menyusahkan diri sendiri, macam yang terjadi petang semalam.

Semalam kat JB ujan lebat, highway pasti jem, sampai rumah pun dah agak terlewat,  tgk pulak anak dah siap tertidur atas sofa luar rumah tunggu Nur sampai..adehh!

Walaupun penat dan keadaan pula masih hujan, kena masak jugalah walau lauknya ibarat macam Zaman Nur Bujang Dulu...ahaks!

Sedar tak sedar selepas anak makan malam, Nur pun terlelap depan Tv...

Triba triba jer bahu terasa dicuit dan terdengar suara...
"Ibuu...bangun,bangun..." Anak bongsu Nur rupanya...
"Kenapa dik...ibu penat nii" Dalam penuh kelesuan Nur bertanya.
"Aniq nak tanya niii "..

"Penting ke dik?" Nur masih ngantuk,penat..

"Pentinglah, kalau tidak tak kan Aniq sanggup kejut ibu ni". Kata si anak dengan seriuss...

"Ye ,apa dia sayang?"

"Aniq nak berak boleh tak?" HADOIII...

" Adikk,patut-patutlah nak tanya ibu punn.. tak kan pasal "uk uk" pun nak kena tanya ibu duluu" 

Geram betul dibuatnya, namun si anak Nur ni dengan selamberr jer dia jawab dan berlalu pergi...

"Ingatkan ibu tak bagi Aniq berak......"

Alahai anakku.... huhu

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.