-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 7 November 2014

GELANG GETAH LOOM BAND BAHAYA? AWASI ANAK ANDA....

PEMBACA

Gelang getah yang dikait menjadi permainan baru bagi golongan kanak kanak malah pada yang dewasa, Nur pun asyik apabila melihat ketekunan mereka mengait getah ini menjadi gelang yang warna warni dan cantik.....



Malangnya, terdapat beberapa sumber dibawah yang mendedahkan bahawa gelang getah yang dikenali sebagai Loom Band ini sebenarnya merbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan. 

Saksikan beberapa pendedahan yang telah dibuat tentang gelang getah ini .


PERHATIAN kepada peminat kraf dan pemainan getah berwarna-warni ‘loom band‘. Produk yang menjadi kegilaan seluruh dunia dikatakan mengandungi bahan kimia karsinogenik yang boleh mengundang kanser.
Pendedahan yang disiarkan di sebuah program televisyen Britain, BBC Midlands Today melaporkan produk tersebut mengandungi 40 peratus phthalates.
Ini menyebabkan peruncit mainan bebas terbesar di negara itu, The Entertainer, menarik balik semua produk ‘loom band‘ dari 92 kedainya di seluruh negara.
Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan, pengawalan terhadap produk ini di Malaysia masih tidak jelas.
Ini kerana getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tidak diklasifikasikan sebagai kategori mainan untuk mematuhi Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk diambil sebarang tindakan
“Getah ‘loom band’ adalah aksesori dan tidak bertujuan untuk dimasukkan ke dalam mulut. Ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” katanya memetik laporan portal berita Awani.
Ia adalah hasil ciptaan seorang rakyat Malaysia, Ng Cheong Choon, yang menetap di Detroit, Amerika Syarikat. Produk itu telah popular sejak tiga tahun lalu melalui syarikatnya, Rainbow Loom, dengan jualan melebihi empat juta unit di seluruh dunia.
SUMBER - KLIK SINI 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.