-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 27 November 2014

ANAK ANDA GAGAL PEPERIKSAAN? BACA KISAH SEDIH NI......

PEMBACA
MASYA ALLAH! AKSI PELAJAR SM Sains Tapah (SESTA) SUJUD SYUKUR  
pada hari terakhir SPM.....
Telah banyak terbukti bahawa, yang berjaya itu selalu meninggalkan kita ,manakala yang gagal itu semakin rapat dengan kita...saksikan kisah sedih dibawah......


Telah terbukti juga anak yang gagal itu akan kurang diberi perhatian oleh kita sedangkan kita lupa yang gagal itulah selalu PERHATIKAN kita dari anak yang berjaya.

Jika pembaca kurang faham maksud Nur diatas, cuba baca apa yang diceritakan oleh Makcik Nab dibawah...semoga ianya dapat membuka mata kita bahawa anak yang gagal itu sebenarya ada beribu rahmat yang Allah berikan pada kita. 

Makcik Nab kematian suami dan mempunyai 4 orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki. Ketiga anaknya berjaya dalam pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi. Cuma anak kedua Makcik Nab yang yang juga satu satunya lelaki dalam keluarganya kurang menjadi dan cuma mampu kerja biasa.

Justeru itu, makcik Nab sering mengabaikan anak keduanya yang gagal walau mereka tinggal bersama. Kelebihan banyak diberikan pada anak anak perempuannya, tambahan lagi kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik akibat kejayaan anak anak perempuannya, rumah yang dulu usang kini umpama banglo hasil pemberian anak sulungnya, dulu Makcik Nab cuma melihat jirannya berkereta kesana sini, kini dia mampu berkereta hadiah dari anak ke tiganya..... jika dulu makan minum pun tidak menentu, kini segala belanja ditampung oleh anak keempatnya.

Anak lelakinya?? Cuma mampu menumpang dirumah, cuma mampu menggunakan segala harta permberian kakak dan adik adik perempuannya..... Sesekali Mak Nab merasa TERBEBAN hidupnya dengan anak lelaki itu walau anak lelakinya itu cukup hormat dan taat padanya. 

Allah mengambil  "kembali anak lelaki " setahun yang lalu dalam kemalangan. Sejak itu barulah Makcik Nab tersedar dari lamunannya. Selama ini yang selalu MENJAGA dan bersamanya ialah anak lelakinya itu. Selama ini yang memberinya kasih sayang tidak berbelah bagi juga anak lelakinya walau dia tidak mampu memberinya sebarang harta dunia.

Semasa Mak Nab demam dan sakit, tangan anak lelakinya itulah yang sering menjadi tunjang untuknya terus berdiri dan berjalan berbanding dengan ketiga-tiga anak perempuannya yang sentiasa sibuk dengan kerjaya, apatah lagi kedua mereka pula sudah bersuami dan mempunyai anak sendiri. 

Malangnya, Mak Nab cuma tersedar HIKMAH ALLAH itu setelah pemergian anak lelakinya, Mak Nab cuma mampu menangis setiap malam mengenangkan kesilapan dan kealpaannya.....

Lebih malang lagi...... minggu depan  Mak Nab nak adakan kenduri kawin anak bongsunya... Jika anak lelakinya itu ada, pasti beban tugasnya KURANG, jika anak lelakinya masih ada ketika ini, pasti yang SUKAR DILAKUKAN akan menjadi mudah dilakukan.......

Kesian Mak Nab... lebih kesian lagi nasib anak bongsunya YANG TIDAK "BERWALIKAN" ABANG KANDUNGNYA SENDIRI .!! 



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.