-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 4 November 2014

AIR SUSU MAK UDA .........

PEMBACA

Tahukah anda, kemungkinan PASANGAN HIDUP ANDA SEDANG BELAJAR DI TADIKA KETIKA INI ...hahaha
"Awak cakap jer kat Mak Uda tuu, suruh dia usaha lebih sikit...tak kan nak harap kita saja " Rungut Sofian pada isterinya.

"Abang ni...Mak Uda tu bukan orang lain pun, ape salahnya kita tolong dia ". 

" Bukan tak nak tolong, tapiii duit RM300  yang dulu pun tak bayar lagi....pandailah mereka ". Jawab Sofian sambil berlalu meninggalkan isterinya yang cuma mampu diam.

"Bang...emak telefon suruh balik ....." Tanya si isteri pada Sofian yang leka membelek Iphone baru dibelinya. 

" Dah agakk! Ni mesti Mak Uda ngadu kat  mak pasal abang marah dia nak pinjam duit.."

" Tak baik abang ni...jom bang......" Mereka berdua berlalu meninggalkan banglo dua tingkat menuju ke rumah emak .......

Dirumah emak,BMW Sofian diletak megah di depan rumah sebagai tanda kejayaan Sofian dalam hidupnya, mereka memasuki rumah emak yang dibina semula oleh Sofian yang besarnya lebih kurang sama dengan rumah banglonya .

"Emak buat apa kat bilik niii.......berselerak bagai niii...." Kata isteri Sofian sambil membantu menyusun dan mengemas bilik yang berselerak itu. 

"Emak nak ngemas bilik ni Huda ,ha ko tengok baju sekolah Pian pun ada lagi mak simpan.." Kata Emak sambil menunjukkan almari baju lusuh yang masih tersimpan dalam bilik tu...Sofian cuma tersenyum sambil membelek deretan buku buku zaman sekolahnya dulu...memang cuma bilik itu yang masih dikekalkan oleh Sofian semasa mengubah suai rumah emaknya....

"Ada apa mak ....." Tanya Sofian pada emaknya.

" Mak Long ko nak buat kenduri malam ni, kan mereka nak gi Umrah ..." Jawab Emak sambil duduk menghilangkan lelah.

" Oooo.....ingatkan pasal Mak Uda, "Sofian terlepas cakap.

" Mak Uda? Kenapa......?? " Tanya emak menyebabkan Sofian susah untuk menjawab.

" Tak ada apa lah Mak...Mak Uda telefon saya bertanya kabar..." Sofian memberi dalih.

" Bangg......ni gambar awak kannn......looorr comelnyaa...." Triba triba isteri Sofian berkata sambil menunjukkan album gambar lama yang dijumpainya...

" Ni gambar Pian masa 7 hariii...." Kata Emak sambil turut sama membelek gambar Sofian anak tunggalnya.

" Eh! Ni macam Mak Uda kan mak......" Tanya isteri Sofian sambil menunjukkan gambar Sofian sedang menyusu .

"Yee, Mak Uda...masa Pian lahir, emak ada masalah sikit menyebabkan susu emak  tak keluar ,jadi Mak Uda lah yang kebetulan lahirkan Yana sepupunya menyusukan Pian....Lawaknya Yana dah berenti menyusu, Pian tetap nak menyusu hingga  Pian boleh berjalan baru dia berenti....nakal kan  " Emak bercerita menyebabkan Isteri Pian turut ketawa dengan kerenah suaminya semasa kecil.

"Teruk betul abang niii......" Melekek si isteri  ketawa namun Sofian tidak mampu ketawa malah tidak juga mampu tersenyum.....Sofian mula teringat SIKAPNYA pada Mak Uda siang tadi...

Sofian merenung luar jendela , air mata Sofian mula mengalir laju umpama susu mak uda yang dihisapnya ketika dulu......Susu Mak Udalah yang membesarkannya, susu mak Uda lah yang memberinya tenaga ....... 

Air susu Mak Uda  tidak ternilai harganya berbanding nilai duit yang Mak Uda MAHU PINJAM cuma RM500 .......Sofian tertunduk maluuu........

  

1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.