-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 10 Oktober 2014

SOALAN MAUT BAJET 2015, ANDA MAMPU JAWAB ?

PEMBACA
#bajet2015
BENARKAH KITA DITIPU LAGI? 


Kisah Brim.....

Adakah ianya sama seperti CONTOH dibawah......Katakan seorang anak yang menerima duit belanja sekolah RM1 sehari telah dipotong subsidinya menjadi 50sen sehari oleh si bapa. Maka terpaksalah di anak tadi mengikat perut untuk berbelanja cuma 50sen sehari sedangkan dalam sehari si bapa tadi sudah jimat  50 sen. Kita kira dalam tempoh sebulan saja ........Jumlah duit si bapa dalam sebulan ialah RM15 (30 x .50sen) 

Kononnya untuk berlaku adil ,dalam sebulan CUMA SEKALI SI BAPA TADI BERI ANAKNYA DUIT BELANJA RM10 sebagai bonus sedangkan sibapa tadi masih ada untung RM10 setiap bulan akibat potongan sebanyak 50 sen tadi. Si anak yang tidak FAHAM merasa bertuah kerana dianggap bapanya prihatin tentang kesusahan dirinya. Hakikat sebenarnya sibapa yang membuat untung hampir setiap bulan dari penjimatan itu .......

Adil kah sibapa tersebut pada anaknya? Patutkah anak pula yang terpaksa BERKORBAN untuk sibapa??

Kisah lebuh raya ........

Pembinaan lebuh raya jika dilihat dari bajet 2015 melibatkan berbilion ringgit dan adakah wang berbilion itu datang dari hasil cukai atau pengurangan subsidi seperti contoh diatas tadi?? 

Jika jawapannya BENAR , kenapa dibuat TOL selepas wang yang digunakan itu adalah wang rakyat? Kalau kurang faham, kita ambil contoh begini......

Haji Ali potong gaji pekerja sebanyak RM10 SEBULAN untuk dibina sebuah TANDAS  untuk pekerjanya. Tandas  tersebut dapat disiapkan dalam masa sebulan saja  menggunakan duit potongan pekerja tadi tanpa SESEN PUN MENGGUNAKAN DUIT SYARIKAT, tetapi apabila pekerja tersebut mahu menggunakan TANDAS yang dibina menggunakan duit pekerja itu sendiri ,mereka perlu membayar RM 1.......ADIL KAH TINDAKAN HAJI ALI ini pada pekerjanya?? 


BENARKAH INI YANG DILAKUKAN?? Jika tak BENAR, TAK PELAH.........tapi kalau BENAR?? 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.