-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 18 Oktober 2014

POLIS YANG PENAKUT......Sungguh Kasihan!

PEMBACA

Suratan atau Kebetulan ...Muahahaha!
Malam tadi hujan lebat disusuli petir yang kuat, TV yang siarannya oleh Astro terpaksa ditutup bagi mengelakkan sebarang kemungkinan....maka terlihatlah wajah boring pada 3 anak saudara penulis. 


Masing masing bertonggok depan TV kononnya untuk meraih simpati.......ceh! Tak dilayan hahaha. 

Sambil melihat kerenah mereka,penulis layari Internet menggunakan Tab.....triba triba Ali anak saudara penulis berkata "

"Ali besar nanti nak jadi cikgu macam mama....mama cakap cuti pun dapat duitt......"

"Ateh nak jadi bomba......" Kata pula anak saudara penulis yang paling muda bernama Fateh.

" Tak best ......Uwais nak jadi polis...lagi bestt..... " Mohd Uwais anak saudara penulis yang paling tua diantara mereka pula berangan akan cita citanya  .....

"Cikgu besttt......"Ali menyampuk ...memang penulis akui sifat Ali ni yang tidak akan mengalah......

" Tak la...polis lagi best...ada pistol leh tangkap orang jaat .......cikgu pegang pen jerr ........" Mohd Uwais juga tak mahu mengalah. 

"Mama Ali cakap...kalau cikgu tak ada semua orang jadi bodoh...hidup cikguuu......" Kata Ali sambil mengangkat tangannya diikuti oleh Fateh yang lebih pada mengikut .

" Polis la ....polis kuat, berani...kalau orang jaat datang, uwais tembak...beng beng..." Uwais mula buat aksi tembak orang jaat siap baring baring lagiii......

"Ateh pun nak jadi polis gak..." Fateh mengubah cita citanya bila melihat abangnya Uwais yang seronok bermain senjata..

"Tak boleh...Ateh tak boleh jadi polis...ateh penakut..nak gi kencing pun minta Umie temankan, camner nak jadi polis..." Uwais tempelak adiknya menyebabkan Fateh cuma mampu terkebil belil ....

"Ali boleh jadi Polis?..." Triba triba Ali juga menukar cita citanya...

"Tak boleh...Uwais sorang jer boleh jadi polis...sebab uwais berani...." 

Sedang asyik tersenyum melihat mereka bertiga berbual, triba triba petir datang menyambar dengan kuatttttttt.......suasana jadi gelap.....Black out!! Maka SUARA SI "POLIS" ITULAH YANG LEBIH KUAT MELALAK kerana takut...........cisss!! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.