-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 5 Oktober 2014

PANAS!! PANDUAN ELAK DISAMAN DI FACEBOOK @ Twitter

PEMBACA

Huh! Orang laki,gambar ni pun nak kongsi ....adehh! 

Disini Nur kongsikan beberapa tips dan panduan bagi mengelakkan anda DISAMAN apabila mengeluarkan kenyataan atau komen dalam media sosial ....Harus diingat, ada orang yang ambil kesempatan diatas kelemahan dan kecuaian kita...sama sama kita beringat!.
Kerjaya dalam bidang guaman ni memang banyak aduan dan permintaan yang Nur dan rakan rakan terima, namun tidak semuanya boleh diguna pakai terutama apabila ada kes melibatkan saman menyaman yang buktinya diambil dari media sosial seperti Facebook ataupun Twitter.

Sememangnya kita akan menerima banyak gambar seperti kemalangan,kematian ,kecederaan dan sebagainya, dan sebagai manusia normal,kita pasti akan memberi komen,pendapat atau sekadar berkongsi dan disinilah adakalanya komen atau pendapat kita akan menyebabkan diri kita disaman........

Macam mana nak elak?? Sebenarnya kalau ikutkan, memang TIDAK MUDAH UNTUK MENYAMAN jika buktinya diambil dari media sosial kecualilah  ANDA BUAT FITNAH.....setakat memberi komen atau berkongsi pendapat, banyak fakta yang boleh digunakan bagi  membatalkan saman tersebut.

Camne pun, saman boleh dibuat dan tidak boleh dielak kerana ada YANG BIJAK DARI YANG BIJAK ,betul tak? Oklah........ikuti langkah dan tips dibawah berdasarkan pengalaman Nur sendiri yang terlibat dalam bidang guaman dan menjadi Editor Kantoi Identiti...

Begini.....

Untuk memberi komen atau pendapat pada sesuatu isu atau gambar, anda CUBA GUNAKAN AYAT YANG BERBENTUK PERSOALAN......kerana belum ada lagi kes " ORANG YANG DISAMAN KERANA BERTANYA" ...hehehehe. 

Contohnya begini........ - Benarkah gambar dibawah ni......mohon pencerahan!
                                    - Adakah yang terjadi ?
                                    - Siapakah? Bilakah?

Anda boleh mengubah ayat mengikut situasi cuma biarlah ianya dalam bentuk PERSOALAN ATAU MOHON PENCERAHAN.......

Seterusnya ada juga persoalan, boleh kah kita disaman cuma kerana LIKE atau kongsi gambar ??  Berdasarkan pengalaman ianya bergantung pada situasi dibawah...

1- Sekiranya gambar itu tidak bersifat peribadi yang membawa maksud tuan punya berkongsi secara public , saman tidak boleh dikeluarkan kerana tuan punya badan sendiri yang mahu menyebarkan gambar tersebut. Kalau dia tak nak kongsi gambar tersebut kenapa dia tidak ubah status akaunnya secara PRIVACY @ peribadi?? 
Macam mana pula kalau gambar itu dicuri oleh rakannya dan disebar secara umum.....? Disini barulah boleh disaman tetapi CUMA PADA YANG CURI GAMBAR RAKANNYA TADI tidak pada yang melihat dan menyiarkannya.

2. Situasi seterusnya ....Apa pula pendapat anda pada gambar yang anda kongsi......jika anda cuma kongsi gambar tanpa mengeluarkan pendapat tidak menjadi satu kesalahan lagi kecuali anda dengan penuh emosi mengeluarkan pendapat berbentuk fitnah pada gambar yang anda kongsi itu barulah anda LAYAK DISAMAN...

Nur sebut sekali lagi......KECUALI FITNAH .......sebenarnya susah kita nak menyaman menggunakan bukti dari media sosial kerana adanya fungsi 

-LIKE ,SHARE,PUBLIC,PRIVACY (Suka,kongsi,awam,peribadi) ......dari  fungsi fungsi ini saja seorang peguam mampu menang kes dengan mudah.

Nur beri satu kes dibawah sebagai contoh......

Kisahnya lebih kurang begini, seorang pemuda telah membantu seorang pelajar yang terlibat dalam kemalangan motor, semasa membantu pemuda ini sempat merakam gambar dan dikongsi difacebook seperti statusnya dibawah.

 " Kemalangan di simpang masuk, seorang cedera " dan dia muat turun gambar sebagai bukti peristiwa tersebut..

Masalah timbul apabila ramai rakan rakan lain  memberi komen seakan mengutuk pelajar tersebut yang sering dilihat merempit dalam kawasan kampung...gambar itu pula tersebar ke pada rakan rakan lain dan menjadi kecoh . 

Oleh kerana malu kerana gambar anaknya yang patah kaki tersebar,sibapa mengeluarkan saman pada pemuda diatas tidak kepada pemberi komen ...

Boleh kah orang awam itu disaman?? Boleh tetapi SUSAH NAK MENANG KES kerana ayat posting pemuda diatas itu cuma berita PERISTIWA yang berlaku ......kecualiii orang awam itu buat status begini .......... 

CEDERA PARAH SELEPAS  MERAGUT....!!! (Ini barulah fitnah......)  

Dalam kes saman diatas,masalah lain pula yang berlaku kerana BAPA pula yang disaman setelah pihak mahkamah mahu tahu dari segala sudut......nak tau apa dia......bapanya DISAMAN KERANA MEMBENARKAN ANAKNYA MEMANDU TANPA LESEN......kan haruuu!!

Apapun,jagalah etika semasa memberi komen dan cubalah BUAT PERSOALAN untuk elak disaman.....

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.