-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 25 Oktober 2014

LAWAK SYAITAN YANG LOGIK PADA AKALNYA.....

PEMBACA
Dia tak tahu pemain tenis terkenal ni ADA DIBELAKANGNYA....hahadoii!

" Dah berumur ni elok ko dok masjid jer Din, jadi orang masjid dari ko duduk kelab dangdut tuuu" Nasihat Saedon pada rakannya yang cedera kerana bergadoh di kelab dangdut malam tadi.


" Huh! Ko tak tauu....orang masjid ni cepat mati sebab banyak penyakit ,tu pasal aku tak nak " Jawab Salahdin sambil cuba gerakkan tangannya yang bersimen. 

"Ciss...memandai jer ko tuduh orang masjid banyak penyakit la, cepat mati la...." Saedon membangkang sambil cuba bantu Salahdin gerakkan tangannya.

" Ye la...ko tengok semalam Aji leman mati sebab kencing manis, sehari sebelum tu lebai Dollah meninggal gak sebab yang sama ........" Salahdin keluarkan fakwanya .

"Tak betul fahaman ko tuu....apa kaitan jadi orang masjid dengan sakit....aku tak nampak pun " Saedon bertanya.

" Niii.....aku beri contoh, selepas asar .......

" Jemput orang masjid datang umah, kami buat tahlil   "

"Jemput lepas maghrib nanti kami nak buat kenduri doa selamat "

"Jemput lagi orang masjid lepas Isyak nak buat kenduri ...."

Dalam sehari kekadang ada 3 atau 4 jemputan kenduri.....kat kenduri tu plak mesti tuan rumah sediakan pelbagai makanan yang lazat lazat..kalau ko tak makan kecik plak hati tuan rumah tuuu........NAH TAK BETUL CAKAP AKU NI , orang masjid boleh banyak penyakit dan cepat matiii......." 

Salahdin  berkata menyebabkan Saedon rasa nak patahkan ajerrr tangan kanan Salahdin....

Hahadoiiiiiiiii!!    

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.