-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 8 Oktober 2014

KISAH DISEBALIK KEJADIAN KEMALANGAN DI KERATONG ROMPIN PAHANG.....

PEMBACA

Setiap kali selepas berlakunya satu satu kemalangan maut,pasti ada cerita menarik yang boleh kita kongsi kongsikan sebagai renungan. Kemalangan maut yang mengorbankan satu keluarga di Rompin Pahang memang amat mengharukan......

Ini antara yang diceritakan oleh En Boss(Rmanz)  tentang peristiwa malam itu...... Katanya adik mangsa sampai untuk minum bersama sama rakan rakannya.....

"Abang ko tak balik ? Tanya seorang rakan adik mangsa yang mengenali abangnya si arwah...

"Balik.....tu lah, petang tadi dia telefon kat Segamat dah...ni kat pukul 10 tak sampai sampai lagi..." Kata Adik mangsa sambil menghirup minuman yang baru sampai. 

"Eh! Ada eksiden la kat Simpang MPOB...ko tengok niii......" Beritahu salah seorang rakan yang minum bersama melalui Wassap yang diterimanya. Masing masing berkata mengenai kemalangan yang berlaku termasuk adik si arwah ......tidak lama kemudian, telefon adik si arwah berbunyi......

" Adik.....pergi ke Hospital Muadzam untuk pengecaman mayat......" Terdengar suara kakak si mangsa berkata....masing masing terkedu termasuk adik si mangsa tadi....Tanpa sempat habis kan air...si adik ini meluru ke Hospital dengan harapan gambar yang diceritakan bersama rakan rakannya tadi BUKAN ABANGNYA..

Tapi , Allah lebih menyayangi mereka.....memang terbukti gambar kemalangan yang dilihat tadi adalah abangnya sekeluarga.......

Itu kisah adik si mangsa, ini pula kita abang si mangsa yang tinggal dan mencari nafkah di Trengganu. Abangnya hubungi ibunya untuk maklumkan dia tidak dapat pulang untuk menyambut raya korban bersama....pada sebelah malam, anak anak abang si mangsa begitu beriya -iya mahu balik beraya dirumah emaknya,takdir Allah, lebih kurang pukul 1 pagii,abangnya PULANG JUGA BERSAMA ANAK ANAKNYA setelah dimaklumkan kejadian menyayat hati itu..... 

Dalam kejadian tersebut juga, ada sebuah kereta lain yang terlibat ,tetapi tiada kecederaan teruk berlaku kerana cuma mahu mengelak kenderaan si mangsa  lalu terbabas. Kemudian pemandu kereta ini telefon rakannya minta ambil dirinya balik dari tempat kejadian, tanpa mahu melihat siapa mangsa yang terlibat , pemandu bersama rakannya ini selamat pulang kerumah...SEDIHNYA , esok pagi barulah pemandu ini TAHU bahawa kereta yang dilanggar dan yang maut dalam kejadian itu ADALAH ANAK JIRAN SEBELAH RUMAHNYA.......

Aduhaiiiiiiiii!!! Sedih kan......apapun mari kita sama sama SEDEKAH KAN AL FATIHAH pada arwah sekeluarga......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.