-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 12 Oktober 2014

GAMBAR BUMBUNG JEJANTAS RUNTUH,JOHOR ......

PEMBACA
Gambar dari Google sebelum bumbung ini runtuh
Sebelum Nur kongsikan gambar dan berita tentang runtuhan bumbung jejantas yang berlaku dibawah, suka Nur nak ingatkan.....yang runtuh ialah BUMBUNG dan bukannya JEJANTAS.

Ramai yang telah berkongsi gambar dibawah, ramai juga yang telah membuat status yang salah dalam media sosial kerana mendakwa JEJANTAS runtuh! Jangan terkeliru dan tersalah beri fakta yeee......

JOHOR BAHRU - Bumbung sebuah jejantas di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang runtuh ketika hujan lebat melanda Bandaraya Johor Baharu dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang tadi, mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.

Menurut kenyataan daripada Balai Bomba Johor Baharu, runtuhan bumbung itu mengakibatkan kerosakan pada dua buah kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.

"Lima orang cedera iaitu dua lelaki dan tiga wanita. Lelaki yang cedera itu merupakan pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta berusia 30-an," menurut kenyataan itu lagi.

Tiga wanita berusia 30-an yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu berada di dalam sebuah kenderaan, kata bomba.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang dan tiba pada 5.05 petang, menghantar sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota.-Bernama













0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.