-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 20 Oktober 2014

BLOGGER UMNO KANTOIKAN TAJAAN BERSALIN CHE TA......!!

PEMBACA

Kita bukannya dengki dengan Che Ta ,malah tidak membenci pun tetapi kita berhak beri pendapat kerana pada penulis banyak yang kantoi terutama apabila blog  proUMNO sendiri menyatakan sokongan pada Che Ta.


Apa jadi kalau ianya BAKAL JADI SATU BUDAYA jika tajaan ini dianggap wajar?? Maka ramailah yang senang dan kaya bertambah kaya dan yang susah bertambah susah kerana tiada siapa nak bantu.......

Jangan emosi.......lihat kenyataan dibawah berdasarkan apa yang dikeluarkan oleh blog pro Umno sendiri.

- Kononnya langkah KPJ Healthcare ini dianggap wajar kerana ia dapat membantu KPJ dari segi promosi melalui iklan ...maksudnya disebabkan dia taja Che Ta yang punya nama besar ......maka ramailah orang akan datang mendapatkan rawatan di KPJ ........

Yang perlu kita faham...begitulah hinanya taraf orang miskin, jika KPJ membantu orang miskin ,mereka tidak akan DAPAT NAMA MALAH AKAN SEMAKIN RUGI .....

Esok lusa akan ramai lagi orang orang ternama dan kaya akan ditaja kononnya sebagai satu IKLAN YANG DIBENARKAN ......jadi dimana hilangnya konsep sedekah pada pemikiran blog pro UMNO ini? Adakah MEMBANTU orang KAYA dianggap sedekah oleh mereka?

Kita perlu ingat " Dikalangan orang bijak akan ada YANG LEBIH BIJAK dan dikalangan orang BODOH akan ada yang LEBIH bodoh ".........

Rujukan berita disini.... 

 Satu blog pro-Umno tampil memberi sokongan kepada firma KPJ Healthcare yang dilaporkan membelanjakan RM10,000 untuk tajaan kos rawatan melahirkan anak bagi pelakon popular Rozita Che Wan.

Tulisan di blog Mykmu.net itu turut mempersoalkan kewajaran NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membangkitkan dakwaan bahawa tajaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut tulisan berkenaan, tajaan itu merupakan pelaburan lebih bernilai kerana menjadi satu bentuk iklan yang akan membolehkan hospital berkenaan meraih lebih banyak hasil.

“Menaja Rozita atau Che Ta bersalin merupakan satu pelaburan bernilai RM 10 ribu tapi membawa nilai pulangan periklanan bernilai ratusan ribu.

“Che Ta merupakan artis yang punya ramai peminat dan pasti menghiasi muka-muka depan akhbar tempatan (kerana ia boleh dijual) dan lembaran muka hiburan selama berhari-hari,” tulisan itu dipetik.

Menurut penulis berkenaan, KPJ Healthcare seterusnya akan dapat membuat sumbangan lebih besar dalam bentuk cukai dan zakat.

"Che Ta merupakan wanita melebih umur 40 tahun. Wanita pada usia sebegini sebenarnya sangat tinggi risiko ketika bersalin.

"Insya-Allah bila beliau bersalin dengan selamat, ia akan memberi penarafan yang baik kepada kepakaran KPJ.

“Hospital KPJ ialah cabang perniagaan yang kosnya berharga ratusan juta ringgit setiap bulan bukannya hospital kebajikan macam hospital kerajaan.

“Namun KPJ juga membayar cukai dan zakat bernilai puluhan juta yang kemudiannya digunakan kerajaan untuk membantu orang miskin dan kurang mampu,” tulisan itu dipetik.

Penulis yang menggunakan nama AJAB itu juga mendakwa, KPJ Healthcare menjadi sasaran kritikan kerana kakitangan hospital itu banyak terdiri daripada golongan Melayu.

“KPJ juga banyak membantu orang miskin, namun dilupakan kerana isu ini dan dijadikan bahan untuk membelasah satu syarikat yang dipenuhi orang Melayu.

Menurut penulis itu lagi, tajaan itu juga akan meningkatkan lagi kewibawaan dalam bidang perubatan memandangkan proses melahirkan anak akan lebih berisiko bagi wanita dalam kelompok umur seperti Rozita.

Rozita, 41 dijangka akan melahirkan anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pelakon Zain Saidin dalam tempoh dua minggu lagi.

SAMM semalam dalam kenyataannnya meminta Hospital Ampang Puteri milik KPJ Healthcare menimbang semula tajaan bersalin kepada pelakon yang sering mendapat tajaan itu.

Menurut jurucakapnya, artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin, berbanding ramai lagi rakyat negeri Johor yang tidak mendapat keistimewaan di pusat perubatan milik KPJ.


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.