-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 7 Oktober 2014

AWAK NAKAL......TAPI KITA RINDUUU.......

PEMBACA
Agak agak la bang nak buat bekal makanan pun...adehh!! 

Anak yang nakal memang memenatkan kita, ada kalanya kesabaran kita boleh tergugat dek kenakalan mereka tetapi SEMEMANGNYA ADA SESUATU YANG ISTIMEWA TENTANG ANAK YANG NAKAL, yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa....

Cuba baca kisah Pn. Rose semasa dia bergosip gosip ngan Nur semasa menyiram bunga didepan rumah petang semalam......ahaks!

"Hakimiiiiiiiii...jangan usik bunga tuuuu........." Kak Ida bersuara pada anak bongsunya yang cuba mematahkan bunga sesejuk embun pagi Nur...aduhaiii! Memang dasat anak bongsu Kak Ida ni....memang licik dan nakal, tak sampai 5 minit dah pelbagai kemusnahan berlaku hehehee......

" Alaaa...bebudak tak pe lah kak......" Puji Nur yang sebenarnya sakit gak hatii ...ehh!!

"Seksa Nurr....akak ni semua nakal-nakal... tak leh kemas umah ...kemas sekejab, kita berpaling jer dah selerak balik, tanam bunga dalam pasu...esoknya  triba triba pasu ada kat bilik airr....hadoiiiii......penattt......." Rungut Kak Ida sambil jentik hidung anak bongsunya itu.

"Nur pun sama kak masa anak-anak kecil....hehehe".  Jawab Nur sambil melambai pada Kak Rose yang juga jiran sepakat membawa berkat Nur untuk join dua kaki bergosip petang tuu......

"Adoiii...penatnyee..... nak sampai rumah ko pun mengah dibuatnya....." Kata Pn Rose sambil gosok gosok kakinya......sudah agak berusia Kak Rose ni...muda setahun dari mak Nur.

" Ubat yang Ida bagi ari tu ok kak" Tanya Kak Ida sambil jentik lagi sekali hidung anaknya yang cuba menarik kain Pn. Rose...(Huh! Kecik kecik lagi dah gatal...anak jantan kan kan kan...ehh) 

"Boleh...ni lah aku boleh sampai sini...kalau tidak terperam kat umah Idaa...." Jawab Pn. Rose sambil merangkul Hakimi dan diciumnya berkali kali.....

"Elok la tu......nakal sangat Kimi ni Kak...cubit jer pipi diaa...." Kata Kak Ida pula sambil menjeling pada Nur.

"Alaa... tak nakal kan Kimi....aduhaii...... syukurlah kita dapat anak nakal Ida dan Nur...kalau kita tak nakal KITA RUGIII......" Jawab Kak Rose sambil membelai Hakimi yang dah mula tunjuk aksi GATAL jantannya itu...ahaks!

"Iskkk......ye ke kak......seksa laa, kalau dapat anak nakal niii....." Tanya Nur sambil diangguk setuju oleh Kak Ida sebanyak  5 kali...ngeeee!

"Memang itulah dulu akak rasa Nur ......tapi bila memasing dah besar dan tak ada dekat kita, barulah kita tahuuu.......NAKAL ITU BAHAGIA buat kita..." 

"Camne tu Kak Rose...kurang faham Ida..." 

" Dulu...memang akak garang ngan anak, termasuk abang Din ....maklumlah nak besarkan mereka memang seksa,degil dan nakalll, 5 orang lak tuu...boleh pecah rumah dibuatnyaa..."

Kami berdua terus mendengar keluhan Kak Rose termasuk Hakimi yang lena diriba Kak Rose...

"Apabila memasing dah masuk asrama... yang tinggal cuma akak dan abang Din, kami ingatkan kami bahagia dan boleh berehat...rupanya tidak.... nak tidur pun tak boleh sebab RINDUKAN KENAKALAN ANAK-ANAK .......Hampir mengalir air mata kak rose bila abang din ko cakap..... 

"Rose...dulu along suka rebut ayam goreng ni ngah angah sebab dengki...Rose makanlah...abang tak ada selera......" 

"Sunyilah rumah kita ni ......kalau tidak dengar sore abang dan rose marah anak anak...JANGANNN!! JANGAN!! ......"

Betul Nur... kekadang akak nak anak akak kecil semula dan tinggal ngan akak selamanya ... memang kita geram dan penat dengan kerenah mereka...tapiiii......suatu hari nanti KITA MESTI RINDU KEADAAN ITUU..." Itulah kata Kak Rose yang Nur ingat sebelum lelapkan mata tadii.....

Maafkan ibu Anas.....Aniq........".

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.