-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 16 September 2014

KENAPA SAMAD MAHU DITEMBAK PADA 16 SEPTEMBER ?

PEMBACA
PERHATIAN! Aksi spontan dikala lagu Negaraku berkumandang dalam sebuah Cinema...SIAPA duduk dan SIAPA BERDIRI??  
Peristiwa ni berlaku sudah 5 tahun, namun ianya masih menjadi igauan ngeri terutama pada pelanggan Warung Ya Sarbat. Setiap kali mereka ingat peristiwa ini, darah marah pasti membuak buak .......walaupun sebenarnya Samad tidak MENIPU MEREKA ??


5 tahun lalu .......7.30 pagi dirumah Haji Khalid.

" Mah.....ambilkan kunci kereta ........" Jerit Haji Khalid pada isterinya setelah cubaannya kali ke 5 masih gagal menghidupkan motornya. 

"Aik! Tak kan nak bawak kete bang gi kebun?" Tanya isterinya Rosmani Mansor.

" Dah tuu? Dah siap siap ni......ala jalan masuk kebun tu kan dah molek......" Kata Haji Khalid sambil masukkan kelengkapan berkebunnya kedalam kereta.

******

Pada pukul 10.45 pagi ......Samad dalam perjalanan pulang ke rumah setelah siap menoreh getah dikebunnya. Samad triba triba berhentikan motornya apabila terpandang sesuatu dari dalam kebun Haji Khalid.  Terjenguk jenguk Samad melihat,diperhatikan dengan teliti agar dia tidak tersalah pandang.....Samad kembali termenung sebentar diatas motornya sebelum tersenyum dan bergerak semula untuk teruskan perjalanan. 

Hajatnya untuk segera pulang ke rumah terpaksa ditunda ke tengahari, Samad perlu segera ke warung Ya Sarbat untuk berkongsi apa yang telah dilihatnya...

" Ada pun ko Nuar.....risau aku tadi ko tak de...". Kata Samad terus mendapatkan Anwar yang sedang minum sambil berborak borak disitu.

"Hissssss! Orang tua pencen ni kan pelanggan tetap sini,kalau dia tak ada...tutup warung Ya ni Mad......" Kata rakan salah seorang pelanggan yang bernama Rafizi.
  
 "Pe cite Mat".....lain macam jer niii......" Anwar terus bertanya .

"Ni...aku jumpa rusa kat kebun haji Khalid......nak ajak ko gi tembak la ......" Samad berkata dengan serius.

" Korok mu...mana de Rusa dah sekarang ni...entah entah anak lembu tak Mad ...hahaha". Mahfuz yang juga berada disitu mula ketawakan Samad diikuti rakan rakan yang lain.

" Betul laaa.......tak kan aku nak tipu....kan kebun Haji Khalid tepi HUTAN SIMPAN.......camne Nuar?" Samad masih serius berkata menyebabkan hilai ketawa tadi mula hilang, masing masing tertumpu pada Samad dan Anwar.......

" Aku ni masih kurang KEYAKINAN ngan ko ni ,entah iye ke tidak ......." Sambil tergaru Anwar berkata.

" Terpulanglah kat ko...aku ni kalau ada pemegang lesen senapang  lain,aku tak cari kooo......." 

"Yelah......aku balik siap siap dulu........" Kata Anwar sambil berlalu pergi .

"Jangan lambat, aku tunggu kat simpang masuk kebun tu nantiii......" Pekik Samad pada Anwar yang sudahpun memecut.

" Peluru jangan lupee Nuarr........peluruuuuuuuuuuuuuu......." Pekik pula Rafizi yang menyebabkan Samad terpaksa tutup Tea tariknya dari dimasuki air liur Rafizi.

"Ko niii.....tak kan Nuar bawak senapang tak de peluruuu.....melalut betul " Tanya  Mahfuz yang tak puas hati kerana   "TEA TARIKNYA dicemari oleh air liur Rafizi...ngencisssss!!

"Ko tak tauu, seploh taun dulu, aku ngan Nuar gi berburu...3 hari 3 malam,panjat gunung turun gunung nak tembak rusa punya pasal....alih alih rusa duduk depan mata Anwar tak dapat tembak sebab lupa bawak peluruu......Rusa tu plak siap nari tenggo depan muka...KO TAK ANGIN SATU BADAN!! " .Sekali lagi Rafizi mengenciskan air liurnya........

"Dah dah.....karang lama plak Nuar tunggu......aku gi duluuuuuuuu......." Kata Samad sambil meletak duit tea tariknya.

"Wa mau ikut, haiya! Lame talak makan lusa looo.....!!" Kata Lee Kit Siang sambil urut dadanya.

" Tak yahhhh!! Ko tu de sakit jantung,bunyi senapang karang LAIN PLAK CERITANYA.......tunggu jer kat rumah nanti aku hantar " Kata Rafizi pada Lee kit Siang yang sudah mula tunjuk muka sedih.

" Ram karpar.....ko nak ikut tak? " Bawak lori ko nanti senang......" Pekik Mahfuz pada Ram Karpal yang sedang menyirip dauh sireh.

"Deyyyyyy.....amma......." Ram Karpal yang juga bersiap hendak bergerak dengan lorinya sedikit terperanjat apabila sudah ada dua tiga orang duduk TERSENGIH SENGIH dibelakang lorinya tanpa disuruh.

11.30 Pagi......

Masing masing sudah bersiap di simpang masuk kebun . Ada yang sudah terbayang keenakan daging rusa,ada yang sudah telefon isteri ,mak mertua dan ketua kampung....

Anwar sedikit lewat sampaiii..........

" Wah! Dah macam Askar aku tengok ko ni......." Perli Mahfuz pada Anwar yang lengkap berpakaian rela dan bersenapang.

"Peluruuuuuu dee bawak....." Tanya Rafizi sambil membelek belek disekeliling baju Anwar.

" HUh! Adeeeeeeelaaa.......dah jom gerak sekarang........." Kata Anwar pada rakan rakannya....masing masing bergerak mengekori Samad yang sudahpun berada didepan dengan motornya.......

"Errrrrrrr........kita berenti sini, dan jalan kaki ...Rusa tu ada bawah bukit tuuu.......jangan bising......ko dan ko ikut situ, aku dan yang lain akan ikut sini......" Arah Samad pada kawan kawannya setelah mereka sampai di lokasi kejadian.

" Syhhhhhhh!! Aku dah tengok.....Rusa tu ada lagi kat situuu....ko merangkak panjat dulu.....snap dan terus tembak........"Bisik Samad pada Anwar setelah dia memanjat bukit melihat kelibat rusa terlebih dahulu.

Anwar ,Rafizi dan Mahfuz mula  merangkak ke atas bukit...Sambil mereka merangkak, Rafizi sempat berbisik pada Anwar,

"Peluru ko dah isi lummm......" Anwar cuma menjeling marah.......!

"Woiii.....tunggu ..adeh ....." Kata Mahfuz yang tertinggal dibelakang kerana seluarnya tersangkut pada anak kayuu.....

Kini mereka sudah bersedia untuk menembak Rusa dibawah bukit dalam kebun Haji Khalid.

"Sedia......" Tanya Anwar sambil erat genggam senapangnya ,dikala itu juga Anwar triba triba merasa berdebar, kini semua HARAPAN semua rakan rakan terletak pada bahunya ....semuanya menanti  saat  TEMBAKANNYA dilepaskan ....... matanya sempat menjeling kearah Rafizi dan Mahfuz yang sudah memekup telinga....

Samad menanti dibawah bukit berhampiran motornya dengan PENUH DEBAR~!!!

Dari arah lokasi.....kelihatan hujung senapang dihalakan keatas dengan perlahan sambil tangannya memaut senapang dengan erat, Matanya segera dibulatkan pada teropong senapang untuk mencari sasaran....Dup! Dap! Dup Dap! 

"BABIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Terpancul ayat haram itu keluar dari mulut Anwar apabila ternampak SASARANNYA DARI CELAH TEROPONG SENAPANG....Rafizi dan Mahfuz yang  terkejut juga  berdiri sama melihat sasaran.......

"Aku tembak kooo Samaddddddddddd....aku tembakkkkkkkk kooo............" 


TAPI................SAMAD TAK BOHONG KAN?

 Lu pikirlah sendiri "Apa simbolik kisah ini dengan ANWAR dan 16 SEPTEMBER!!!  ".......hahahaha!









0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.