Tweet |
Paling best aksi BERDIRI didenda..kiut sangat...ahaks! |
Jiran Nur yang dipanggil Kak June agak kurang normal orangnya,dia sering keluar rumah seorang diri dan lebih menyedihkan apabila ahli keluarga beliau sendiri tak ambil tahu keadaannya.....aduhaiii......
Semalam.......
"Ibu......semalamkan aniq nampak kak June keluar rumah tak pakai kain....... " Terperanjat Nur bila anak bongsu bercakap macam ni bila kami sampai dirumah selepas mengambilnya dari rumah mertua.
" Hissssssss! Abis tu adik tengokkkkkk?". Tanya Nur yang dah mula risau,maklumlah zaman internet ni GODAANNYA sangat mudah dicari selain depan mata.
"Ye la......kebetulan Aniq lalu depan rumah dia time tu, Aniq jeling ajeer......." Jawapan jujur dari si anak.
"Hissssssss! Lain kali kalau nampak macam tu.....jangan TENGOK atau adik buat buat tak nampak.....BERDOSA!" Pesan Nur sambil memberi sedikit takzirah petang itu didepan pagar rumah sendiri.....ahaks!
"Kenapa tak boleh tengok plak ibuuu....." Soalan ni Nur susahhhhhh nak terangkan,maklumlah si anak ni kecil lagi...sebut pasal aurat karang berjela panjang soalannya, bila boleh masuk rumah,penat dah niiiiiii......adeh!!
" Cukup Adik faham.....BERDOSA TENGOK ORANG TELANJANG ......." Nur cuba memberi jawapan BERSAMA ARAHAN agar si anak tidak lagi bertanya soalan.
" Tapi Kak June semalam bukan telanjangg........." Adehhhhh!! Ada yang tak kena ngan si anak Nur ni....
"Laaaaaaa, tadi kan adik cakap Kak June keluar rumah tak pakai kain......." Nur pula TERPAKSA BERTANYA soalan...
" Iye laaa......Kak June tak pakai kain....tapi dia pakai seluarrrrrrrrrrrrrrrrrr........." Jawab si anak tanpa rasa bersalah dan meluru masuk kerumah........!!
RASA NAK IKAT JER ANAK BONGSU NUR sangkut kat pagar rumah !!!!!!!
Tweet Follow @JOMGELAKFM
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan