-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 4 September 2014

ABAH YANG SENTIASA INGAT, ANAK YANG LANGSUNG TAK INGAT!

PEMBACA

Pagi lagi abah keluar dan menuju ke mesin ATM ......abah mahu keluarkan duit simpanannya RM1000...tapi duit tak mahu keluar, abah check baki......abah faham,dia cuma boleh keluar RM980 . 

Mata abah terkebil dan terdiam sebentar melihat bakinya cuma RM21,tapi abah kuatkan diri...duit boleh dicari lagi, abah terus beredar.

Abah memandu kereta proton saga membawa anak gadisnya menuju ke menara gading.....hari itu juga pertama kalinya sejak 20 tahun abah memakai baju kemeja putih yang dimasukkan kedalam seluar,abah kelihatan segak tidak seperti hari hari sebelumnya.

Sepanjang jalan kampung, abah akan angkat tangan pada rakan rakannya sambil tersenyum,tersenyum kerana bangga anaknya berjaya masuk menara gading......

Mata abah terkebil sampai terasa berat bebannya apabila anak gadisnya menarik muka masam bila mahu dibelikan telefon yang sama bentuk dan jenama dengannya...

Tak nak si anak malu,....matanya sekali lagi terkebil melihat duit baki dalam kocek seluarnya cuma tinggal RM381.

Abah menanti dengan sabar sambil melihat sekelilingnya...matanya cuma mampu terkebil bila melihat "Tiada siapa " disitu yang boleh disapanya, abah memerhati dirinya, abah memerhati orang lalu lalang disitu,ternyata penampilan SEGAK abah tidak setaraf dengan mereka...Abah terasa malu walau bangga anaknya berada disitu!

"Abah, kita beli barang skit, nanti dah masuk bilik susah kot nak keluar.." Pinta si anak . Abah menuruti lagi kehendak si anak, biar anaknya makan, biar keperluan anaknya cukup ...abah keluarkan duitnya lagi sekali yang kini cuma RM221....terkebil kebil mata ayah. 
   
"Tingkat berapa ? Tanya abah setelah mereka sampai ditangga asrama. 

"4 abah......".  Jawab si anak. Abah menggalas beg sambil matanya terkebil kebil menanggung beban yang semakin berat menuju ke atas,satu persatu anak tangga dipijaknya ....biar SEMAKIN BERAT apabila semakin berada diatas,abah masih mampu...

" Minggu depan abah masukkan duit lagi........". Kata Abah sambil hulurkan RM200 pada anaknya untuk duit belanja sebelum beredar. 

"Rm20..." Kata Abah semasa mengisi minyak walau PERUTNYA memaksa mata melihat kedai deretan makan .........

Sambil memandu dalam perjalanan balik.......

"Abah genggam duit RM1 dengan mata terkebil kebil sambil  berdoa agar anaknya mampu berdikari dan berjimat ........."

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.