-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 10 Ogos 2014

PENGALAMAN MENYERAMKAN SEORANG ISTERI......MENGAPA??

PEMBACA
Tahukah anda, kapal terbang paling berat didunia cuma di Jepun.... Miahaha!
Hari ni Nur terpaksa menemui seorang pelanggan yang jaraknya agak jauh dari pejabat, kebetulan pula rakan sekerja cuti, maka terpaksalah Nur pergi seorang diri... sedang asyik memandu, triba triba......

Nur terasa lain ,ada bunyi pelik  pada kereta...Nur matikan radio ...eh! Memang kuat bunyinya... adeh!! Risau akan terjadi sesuatu, Nur telefon En Somi bagi mengadu masalah yang melanda...

"Bahaya tuuu... Nur cari jalan yang lurus dan dikawasan yang agak lapang dan banyak kereta, berenti ...KUNCI PINTU dan jangan keluar......tunggu situuu !!" Tegas pesanan En Somi yang menyebabkan Nur tahu DIA SAYANG Nur...cewah!!! 

Nur pun berenti dibahu jalan bukan dibahu suami ehh!..... Nur kunci pintu dan duduk diam diam dalam kereta sambil telefon pelanggan untuk beritahu kereta Nur rosak... Entah camne, jalan yang tadi banyak kenderaan lalu lalang triba triba jadi sunyi sepi... Nur mula rasa panik!

Dalam menanti penuh debaran itu, sampai sebiji kereta lalu berenti di depan Nur....saat ini Nur dah mula semakin gelabah, Nur pastikan pintu dikunci.....Nur cuba cari kot kot ada stearing lock untuk selamatkan diri jika berlaku sesuatu...mata dan tangan Nur memegang telefon sambil memerhati gelagat pemandu didepan......

Kelihatan seorang lelaki yang agak gempal keluar dari kereta, tanpa menoleh ke kiri dan kekanan, lelaki itu berlari menuju ke arah pokok disitu..... debaran Nur makin kencangg...adehh! 

Dari celah pokok itu Nur dapat lihat ada AIR PANCUT triba triba mengalir disitu......HAMPEHHHHHH!! Pemandu itu sedang buang hajat keciknya ...sungguh kurang sopannnnnnnn!!

Tanpa menoleh juga, pemandu itu beredar tanpa rasa bersalah.... Nur tersenyum lega sambil sempat juga mengutuk dalam hati perbuatan LELAKI yang suka dot dot tepi jalan ni.....adeh!

Tak lama kemudian En somi pun sampai bersama seorang lelaki Cina yang Nur agak ialah Mekanik... Leganya kerana Nur sudah dapat keluar dari  BAHANG KEPANASAN menanti separuh mati dalam kereta tadi...ahaks!.

Apabila Nur keluar untuk melihat, En somi dan lelaki cina itu memerhati Nur dengan wajah MACAM NAK MARAH......ehh! 

"Apa rosak bang.....' Tanya Nur dengan yakin dan penuh tatatertib.

" Huh! Sape ikat TIN susu niii......adoiiiiiiiiiiiiinaaa"..... Kata En somi sambil tunjukkan Tin susu yang terikat pada bahagian bonet belakang kereta!

"Hahahah...ye ke?" Jawab Nur seselamber yang mungkin sambil memerhati En somi membuka ikatan tin tersebut, kelihatan juga  lelaki cina itu duduk mencangkung memikirkan dirinya yang  "Haiya...talak untung lo ini ariii....".

"Adik la ni semalam, patutla dia sibuk minta tin susu..." Bebel Nur  pada anak bongsu agar diriku ini tidak dipersalahkan AKIBAT CUAI.....

Sebelum berlalu, En Somi sempat perli Nur " Ni lah dia orang perempuan... tau bawak dan isi minyak jerr... kalau kereta tu tayarnya hilang pun dia tak tau....."

Nur mampu senyum jer la......elehhhhhhh! Cuai cuai kita orang perempuan TIDAK TERGAMAK NAK KENCING TEPI JALAN cam orang laki kan puan puan.....Lalalalala......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.