-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 18 Ogos 2014

MAMPUKAH GAMBAR DIBAWAH KUCAR KACIRKAN SEMULA PAKATAN RAKYAT SELANGOR?

PEMBACA
kOMEn yang menarik dari peminat Nora Danish yang mengamuk pada hotel Legoland
Ini gambar panas yang disebarkan melibatkan bakal Menteri Besar Selangor selepas PAS memberi sokongan ,mungkin ini taktik terakhir yang digunakan untuk kucar kacirkan apa yang ada.......
Memang benar berkenaan maklumat yang diberi dalam gambar dibawah.

Tetapi ada sesuatu yang TIDAK BENAR dan ianya disembunyikan dari pengetahuan umum.....

BAHAWA........

SHAH ALAM - Tiada syarat dalam perlembagaan Selangor menggariskan individu yang dilantik sebagai menteri besar perlu berasal daripada negeri ini.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood bagaimanapun berkata, pelantikan menteri besar wajib mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Mengikut perlembagaan negeri di bawah perkara 51 dan 53, syarat kelayakan untuk menjadi menteri besar ialah Melayu, beragama Islam, ahli dewan undangan negeri dan yang paling penting ialah mendapat perkenan sultan dengan sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri (Adun),” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

“Tiada syarat menteri besar mesti rakyat Selangor, maka Anwar layak dengan syarat mesti Adun Selangor.

“Apa yang penting, kita perlu faham yang sultan di sesebuah negeri itu yang berkuasa mutlak dalam menentukan siapa yang dilantik sebagai menteri besar,” kata Kamal.

SUMBER- SINARHARIAN.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.