-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 14 Ogos 2014

LAWAK BOLA YANG PATUT DILEMPANG!!

PEMBACA

Hahaha.....ngam betul namanya!!

"Aku terlepas  tengok live bola malam tadi........sape menang Din......", Tanya rakan kepada Din setiba mereka dipejabat.

"Dua kosong....." Jawab Din selamber sambil menahan mengantuk .

"Sape? " Rakan Din terus bertanya......

"Sape apee?" Din pula bertanya.

" Bola laaaa, ko ni mamai ke ape? Sape menangnyaa......." Rakan Din hilang sabar.

"Oooo...kan aku dah cakap tadi dua kosong ......"

"Iyelahhhhhh!! Siapa yang jaringkan dua gol tuuu......"

"Seri ,tak ada jaringan....." Jawab Din yang sudah mula serius.

" Ko ni mamai ke ape Din....Jab dua kosong,jab cakap seri......"Rakan Din dah mula marah

"Mamai apanyeeeeee....betullah aku cakap dua kosong......NI KO TENGOK keputusan ni.....
"Lions X11 O ,Felda United O.....kan ada dua kosong tuuu..." Jawab Din tanpa rasa bersalah


Antara jaringan  menarik malam tadi tapi tak menarik pada isteri penulis kerana dia penyokong JDT.....ehh!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.