-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 3 Ogos 2014

KISAH BENAR DARI JPJ ......BELAJARLAH SESUATU........

PEMBACA
"Akak penat dan ngantuk dik,promosi raya sampai hari ni...cuti raya pun tak dapat dikkk"!
"Alamak.....kita dah lewat ni.....?" Kata seorang penguatkuasa JPJ semasa kenderaan mereka menuruni bukit.


"Ko lah tadi,sibuk ngan Internet......kang marah bosss?" Berkata pula rakannya yang bernama AMRAN.

"Alaaaaaa, aku tengok kot ada orang awam yang buat aduan. "Kata penguatkuasa tadi sambil tunjukkan gambar yang anda boleh lihat dibawah.


Sambil memotong kenderaan MYVI mereka mempercepatkan perjalanan kerana pegawai dan beberapa penguatkuasa lain sudah menanti dalam sekatan jalan raya yang berapa beberapa meter saja  didepan.

Sampai dilokasi, kedua penguatkuasa tadi bernasib baik kerana kelewatan mereka tidak disedari oleh pegawai yang bertugas kerana sibuk memeriksa beberapa kenderaan yang ditahan.

Maka satu persatu kenderaan diperiksa termasuk oleh salah seorang penguatkuasa tadi yang bernama Amran.

"Encik ni ada saman ni.....?" Kata penguatkuasa bernama Amran setelah diperiksa no kenderaan yang ditahannya.

"Kesalahan apa pulak encik.....". Tanya pemandu kenderaan yang memandu Produa MYVI.

"Encik ada potong doubleline(Garisan berkembar) ......kes lama dah nii.....". Kata penguatkuasa bernama Amran sambil tunjukkan bukti BERGAMBAR PADA pemandu tersebut.

PEMANDU MYVI tersebut garu kepala.......BARU SEBENTAR TADI ADA SEBUAH KERETA JPJ POTONGnya diatas GARISAN BERKEMBAR (Doubleline).........
Nasib baiklah pemandu MYV1 ini tidak tahu yang memandu kenderaan JPJ dan memotong diatas garisan berkembar ini adalah AMRAN!.


Gambar kenderaan JPJ memotong diatas memang benar,cuma yang tidak benar kisah ini cuma ilusi penulis ,APAPUN semoga ianya memberi kita "SATU PELAJARAN"!.

RUJUKAN : 

Jika anda ikuti aduan pengguna dibawah, masih tiada jawapan dari JPJ , ada juga komen dalam aduan ini yang pertikai memberi alasan seperti

"Sibuk cari salah orang, jalan tu selamat untuk memotong dan pelbagailah yang anda boleh baca dibawah ini nanti, cuma penulis nak bertanya anda ......

Sekiranya anda YANG MEMOTONG DALAM KEADAAN SEPERTI DIATAS DAN KEBETULAN PULA ditahan JPJ..........adakah pihak JPJ akan terima ALASAN anda dan saman tidak dikeluarkan?? 

  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.