-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 9 Ogos 2014

KAK........TUMPANG SOLAT BOLEH? SERAM SEJUK DIBUATNYA!!

PEMBACA
Panas! Lagi aksi Selfie atas kubur.....Jari tu mengerikan dik oiii!! 
Adegan #Raya yang Nur nak kongsikan ini amat menyentuh perasaan ,semoga ianya memberi kita sedikit KESEDARAN kerana Nur masih memikirkan adakah anak anak yang datang beraya kerumah Nur tadi....??

Setiap kali menjelang raya, bukan saja rumah Nur malah disekitar rumah taman ini pasti dikunjungi kanak kanak pelbagai peringkat usia dan kebanyakkannya Nur TIDAK KENALI malah ada yang datang dari jauh dengan berjalan kaki semata mata UNTUK #RAYA!

Tapi kisah petang tadi Nur masih seram sejuk memikirkannya...... 

HAMPIR pukul 6 petang , terdengar suara.....

"Assalamualaikum.....kami datang nak berayaaaaaa..." Nur  jemput tetamu kanak kanak yang datang dengan senyuman...kelihatan mereka ada yang berpeluh kerana cuaca di JB hari ni agak panas walaupun sudah menjelang petang.....

"Dari mana nak....." Tanya Nur sambil isikan minuman dan hulurkan kuih raya yang kesemuanya NUR BELI ....syhhhhhhh!!

"Dari rumah Tahfiz... (Namanya Nur rahsiakan untuk elakkan FITNAH ) "Jawab salah seorang dari mereka. 

"Agak jauh tu dari sini...dah sila lah makan..." Pelawa Nur sambil sempat melihat wajah mereka satu persatu...berseri seri wajah mereka...maklumlah pelajar Tahfiz....

Sedang Nur mengisi duit dalam sampul untuk diberi pada anak anak tersebut, triba triba....

"Kak.....surau atau masjid terdekat jauh tak". Tanya salah seorang dari mereka dari ruang tamu...Terperanjat jugak Nur,takut kantoi SEDANG nyorok nyorok ISI DUIT ketika tu ...adeh!

"Jauh jugak dik....surau kat taman depan depan tu...kalau jalan kaki 20 minit gak la.." Jawab Nur .

"Errr....kami tumpang solat kat rumah kak boleh tak....." Terperanjat Nur ....inilah pertama kali ada kanak kanak nak tumpang solat.....

"Bolehh......jab ye akak siapkan biliknya...." Kata Nur yang sebenarnya agak tergamam, Nur kemaskan bilik anak bujang Nur yang ketika ini masih dipadang bola bersama adik adiknya...
"Terima kasih kak.........." Kata anak anak ini sebelum berlalu pergi...namun Nur masih terkial kial TERASA MALU ........MALU PADA APA YANG ALLAH TUNJUKKAN PADA NUR SEBENTAR TADI......

Nur segera Istifar panjang.......Nur segera  menunaikan SOLAT ASAR kerana sebenarnya Nur tertidur dari pukul 3 tadi....

Ya Allah, ampunilah kecuaian ku ini....."

Anda??? 


1 Mesej diterima:

ya allah..alhamdullilah..sejuk ibu2 diorg dpt anak cmni..moga kelakuan cmni berkekalan smpai die dewasa..

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.