-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 14 Ogos 2014

ADAKAH CARA INI MAMPU SELAMATKAN PR SELANGOR?

PEMBACA
Errr........Fesyen apakah ini?
Jika dilihat kemelut yang melanda Selangor,ianya makin panas dan makin sukar untuk diramal...... 

Mampukah juga Pilihanraya Negeri dari tidak diadakan untuk menyelamatkan keadaan?Mampukah Pakatan Rakyat bertahan di Selangor jika berlaku PRN ?

Untuk mengelak situasi diatas,  ianya mungkin mampu dilakukan melalui cara dibawah.....

Berdasarkan jumlah kerusi terbanyak dan yang terkini Tan Sri Khalid istihar bebas, seharusnya MB dilantik dari PAS .....Sebab?

-Tahap keyakinan ramai penyokong PR pada PKR sebenarnya sudah mulai hilang, ditambah pula kekalutan yang berlaku dalam PKR sendiri...bukan penulis menidakkan kemampuan DS Azizah...tetapi PR harus rehatkan dulu " MANA yang bermasalah".

- MB dari Pas sebenarnya mampu memberi banyak kesan yang akan nampak lebih selamat  kerana kekalutan sebenar dilihat pada PKR dan DAP juga perlu rasional kerana "Bukan kuasa dicari tapi kehendak rakyat diberi ....."

Jika idea ini diterima, apakah jawapan untuk soalan dibawah

- Pemimpin PAS tiada yang layak menjadi MB Selangor?  Jawapan kepada soalan ini....ini juga sebenarnya soalan yang sama ditanyakan pada TS Khalid dulu semasa beliau mahu menjadi MB....sekarang semua tahu kemampuannya, tak salah mencuba kerana dikalangan pemimpin PAS ramai yang layak cuma mereka tidak mahu MELAYAKKAN DIRI kerana takut pada" Amanah dan tanggung jawab yang besar ".....
  
Apapun, ini cuma idea peribadi penulis sementara menanti bilik air kosong untuk mandi untuk bersiap pergi solat Jumaat........Jom!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.