-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 25 Julai 2014

TAN SRI KHALID MASUK PAS?

PEMBACA

Ketegasan Presiden Pas, DS Hadi untuk menyokong TS Khalid sebagai MB Selangor sebenarnya jika dilihat dari satu sudut yang lebih luas,ianya mampu menyelesaikan kemelut yang melanda melalui beberapa langkah dibawah.

TS Khalid perlu bijak bermain politik dengan menyertai PAS dan ini pastilah memberikan jumlah kerusi yang lebih SELESA  untuk PAS di Selangor dimana PAS akan memiliki 16 kerusi,15 DAP dan 13 PKR. 

Kelebihannya? Pastilah tiada lagi isu MB Selangor kerana kuasa mutlak sudah terletak di tangan PAS dengan kemasukan TS Khalid.

Tidakkah ini memberi kesan pada kerjasama Pakatan Rakyat? Jika ingin teruskan niat untuk rakyat,pada penulis isu ini tidak timbul kerana TS Khalid turut berjuang dalam pasukan yang sama cuma berlainan parti.

Apa kesannya pada TS Khalid? Kita tahu majoriti pemimpin PKR sudah tidak sebulu dengan TS Khalid dan ini  sedikit sebanyak ini akan menyukarkan beliau untuk memimpin Selangor,tetapi apabila beliau berada dalam PAS, beliau pasti mempunyai sokongan yang sama atau sekurangnya ianya dapat diseimbangkan.

Secara peribadi, cadangan ini adalah lebih baik untuk memberi keselesaan pada semua pihak dan PKR harus menerima kenyataan ini sekiranya mereka tidak mahu dilihat PARTI YANG MEMBEBANKAN PAKATAN RAKYAT . 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.