-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 6 Julai 2014

PADAH! ISTERI TAK KUNCI PINTU BILA SUAMI KELUAR........!

PEMBACA
Agaknya Adik ni panjat nak cepatkan jam...lambat beno nak berbuka .....adoiii!!
Sejak musim bola ni En Somi memang jarang ada dirumah pada waktu malam walaupun Nur pernah membebel padanya " Membazir jer beli Astro Sport kalau tak tengok"?

"Tengok bola ni bukan macam tengok drama Nur, kalau tengok kat rumah sorang sorang nanti jadi PENYOKONG BODO " kalau gol pun cuma leh senyum jer,jerit karang awak marah plak......" Huh! Itulah alasan En Somi tentang habitat terkini beliau sempena #FifaBrazil2014 ni......

Dan pastinya setiap kali beliau nak keluar rumah, Nur akan diberi arahan yang sama sampai Nur pun dah hafal setiap perkataan dan nada suaranya " KUNCI PINTU JANGAN LUPEE.....".!!

Kebetulan hari ni kerja banyak di pejabat....selepas siapkan bahan untuk memasak sahur paginya, Nur terlelap hinggalah terasa bahu di cuit En Somi.....

"Abang nak keluar  tengok bolaa......kunci pintu JANGAN LUPEE......" Nur yang masih mamai dikejutkan  cuma mendengar dengan tidak saja pesanan En Somi  yang sudahpun kedengaran enjin motornya berlalu pergi .

Agak lama termenung ,Nur gagahkan diri untuk bangun dan kunci pintu kemudian masuk bilik dan sambung tidur semula sambil pastikan jam loceng "DIARAHKAN berbuka SUARA ".pada pukul 4.30 pagi nanti.

Alhamdulillah! Nur terbangun 4.30 pagi disebabkan bunyi Jam untuk siapkan juadah bersahur.....En Somi kelihatan sudah ada dirumah sambil membelek akhbar......Nur meluru ke dapur dengan langkah yang masih longlai.......

" Tengokkkkkkkk! Dah pesan banyak kali pun Nur tak kunci gak pintu....." Terperanjat Nur dengan cakap En Somi yang triba triba muncul untuk  ambil air dalam peti sejuk.

"Nur kuncilah abang......." Jawab Nur dengan yakin kerana PEMBACA pun dah baca yang Nur tulis kat atas tadi kan.......

"Niiiiiii....pintu peti ais Nur tak KUNCI punnnnnnnn.........." Kata En Somi sambil cepat berlari ke ruang tamu .....RASA NAK BALING JER SENDUK NIII.............INGAT LAWAK!! 

HUHHHHHHHHHHHH!!

Takpelah, malam ni En Somi KENAKAN NUR.....tunggulah kegemparan yang akan Nur buat pada En Somi tercinta masa RAYA NANTI........

Nak sangat bola yeee...........minat sangat bola yeeee.... kalau Nur membebel pasal keletah anak pun dia buat tak reti "Adik demam bang, esok kita bawa kenek nak??" .......Tapi selamber En. Somi balas cenggini
 ....."Nur rasa kenapa Messi kurang cergas yee....."

BAEKKKLAHHH!!! Raya nanti NUR PAKSA dia pakai cenggini......






0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.