-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 3 Julai 2014

KENAPA KO JADI KEJAM ADNAN MANSOR.....? MARAH EMAK........

PEMBACA

"Sampai hati ko nak hantar mak kerumah orang orang tua Nan....." Kata emak pada anaknya yang entah macam mana triba triba ada TENGKU didepan namanya sedangkan emak tahu yang mereka bukan keturunan Raja.


" Emak tuu degil, tak nak pindah rumah Nan beli,nak duduk rumah buruk camnii......tak reti langsung nak jaga reputasi Nan sebagai orang dikenali....." Adnan Mansor merungut tanpa mahu memandang wajah emaknya....

" Rumah buruk inilah yang besarkan ko Nan ......ko jangan biadap! Darah yang mengalir dalam diri ko tu hasil dari susu emak pada ko dulu Nan.....jangan lupaa ......." Emak dah tak dapat menahan sabar.

" Emak tau tak mereka nak robohkan kampung ni esok......kalau roboh mak nak duduk mana?" Kan Nan dah belikan emak rumah.....pindah aje laaa".........

"Aftafirullah.....ko dah gile ke Nan....? Ko nak khianati bangsa ko sendiri.....ko tak ingat ke, orang kampung nilah yang naikkan ko ketahap sekarang......ini ko balas pada mereka Nan.....manusia apa ko niii.......". Emak mula mengesat mata.

"Emakkkkkkkkkk.......kita nak membangun, ni semua pembangunan untuk negara.....lagipun kita dah bagi rumah baru, sama macam Nan bagi pada emak...tapi emak degil........." Adnan Mansor berkeras.

"Tapi ko yang janji dengan penduduk kampung ni dulu nak bela nasib mereka......Dah! Emak tetap tak mahu pindah...."

"Degil betul emak ni...suka susahkan Nan lahh........" Adnan Mansor membentak keras hingga tiang rumah yang hampir reput itu retak.

"Emak tak susahkan ko Nan......ko tu yang susahkan diri sendiri, ko jangan ingat bila ko dah duduk ditempat tinggi,dikeliling orang kaya dan berpengaruh ko nak buang semua yang dibawah.....ko nak halau semua yang miskin,biar yang kaya duduk dibandar......sebab ko TAKUT MALU.......tapi ko tak pula takut MALU kerana abaikan amanah yang ko kena buat....ko lupa orang miskin dan susah ni ada dimana mana.....ko sepatutnya bantu mereka ,bukan halau mereka macam anjing kurap, bukan marah ORANG YANG BANTU MEREKA ,bukan menuduh mereka malas ......tak ada siapa nak hidup susah Nan....cuma nasib mereka tidak sebaik ko.....". Emak terus membebel.

"Emak cerita pasal apa niii......? Sudahlah emak.....kita bukan halau, kita nak imej negara tidak tercemar, kita nak mereka yang miskin hidup berdikari dan tidak mengharap bantuan orang semata mata......lagipun duit denda tu untuk membangunkan negara jugak......bukan masuk pokek Nan pun". Adnan Mansor menjawab sambil mengesat cermin matanya yang bingkainya saja dah harga puluhan ribu.....

" Bukan itu caranya Nan, ada banyak cara kalau ko ikhlas nak bantu bangsa ko sendiri, yang mak nampak ko IKHLAS nak bantu tokey tokey dan kawan kawan ko sajee....nak berdikari macam mana Nan....hidup dibandar besar ni semuanya mahal........tak kan ko tak tak pernah beli ayam......." Perli Emak sambil mengesat air matanya dengan lengan baju yang hampir lusuh....harganya cuma sekitar RM15 sepasang, itupun 10 tahun laluuu.

"Emakkkkkkkk....yang bagi derma @ sedekah tu tak betul lah emak, baik mereka dermakan pada tabung masjid, ada juga faedahnya dari derma pada peminta sedekah tepi jalan tuuu........" Adnan Mansor terus membalas cakap emaknya.

" Pandai ko mengaji Nan? Sejak bila pula bagi sedekah dan derma itu haram?" Yang minta derma itu memanglah lebih hina dari tangan yang memberi,tapi pernahkah ko bantu mereka Nan, pernahkah ko tunaikan ZAKAT berbilion tu pada mereka Nan?". Memang ada diantara mereka yang malas dan degil, tapi kalau ko beri MEREKA PENDIDIKAN dan dorongan, Insya Allah mereka boleh berubah, dalam Quran pun ada sebut, dalam dunia ni AKAN ADA ORANG KAYA DAN ORANG MISKIN, Quran tak sebut cuma ada ORANG KAYA sajaaa......., ko ingat orang kaya dan kawan kawan ko akan bantu ko andai kata ko JATUH NANTI......orang miskin juga yang ko akan cari nanti Nan......percayalah cakap emak.....".

Adnan Mansor terus berlalu meninggalkan emak yang terus mengharap ........Emak cuma memerhati kereta ratusan ribu milik anaknya itu hilang dari pandangan, Emak memerhati pula rumahnya, rumah jiran jirannya......dan emak pasti ESOK EMAK DAPAT MEMERHATI LAGI RUMAH INI REBAH MENYEMBAH BUMI......termasuk juga rumah jiran jirannya.....

EMAK mewakili anak anak mereka di  Kampung Chu badak .......

EMAK juga mewakili golongan miskin  .........

EMAK juga mewakili penderma yang membantah projek ini.......

KLIK SINI 

DAN....
EMAK juga UMPAMA  ANDA YANG MENGERTI MAKSUD KISAH INI dengan membaca berita dibawah.....


KL tetap akan dibersihkan dari pengemis.

Walaupun mendapat kritikan aktivis dan pembangkang, kerajaan tetap berkeras akan membersihkan kegiatan pengemis dan gelandangan di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Mansor (bawah) memaklumkan pihaknya akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan saman bersiri kepada pemberi sedekah di tepi jalan.
"Sekarang ni kita dah minta, mungkin dalam satu hingga dua minggu, siapa bagi duit kepada peminta sedekah ini pun akan ditangkap dan disaman. Dia banyak duit kan?

"Pada ketika itu juga, ada resit RM150 bayar serta-merta pada penguat kuasa.

"Kita akan keluarkan resit bersiri. Setiap kali bagi (sedekah), serta-merta bayar pada DBKL, "katanya dalam sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di ibu negara, pagi tadi.

Dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur, Tengku Adnan juga menjelaskan pihaknya juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan.

Katanya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah memaklumkan kepada gelandangan supaya tidak berada di Kuala Lumpur sejak dua hari lalu.

Gelandangan diberi tempoh sehingga hari Isnin minggu depan.

"Kita tak mahu mereka ni. Kita sudah maklumkan dua hari yang lalu. Tengok, kita bagi masa lagi," katanya.

'Jangan bagi makan dalam bandar'

Beliau juga menetapkan had dua kilometer jauh dari kawasan Kuala Lumpur bagi NGO yang menganjurkan acara memberi makan kepada gelandangan.

"NGO nak bagi makan pada gelandangan boleh bagi makan. Tapi jangan bagi makan dalam bandar.

"Mesti 2 kilometer jauh dari Kuala Lumpur. Lot10 (di Bukit Bintang) kita letak sebagai pusat, jadi kilometer jaraknya dari bangunan itu," katanya.

Katanya sekiranya NGO tersebut gagal melakukannya, mereka juga akan disaman.

SUMBER SINI - 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.