-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 5 Julai 2014

GEMPAR!!! RUMAH TENGKU ADNAN TERBAKAR SEMALAM..........SAKSIKAN BUKTI INI!

PEMBACA
Memang benar jika kita membaca berita bergambar dibawah rumah milik Tengku Adnan terbakar ....berita ini pula dari sumber utusan sendiri, tapi KENAPA Tengku Nan  dituduh berbohong keluarkan KENYATAAN INI?? 
Kebakaran teruk memusnahkan aras empat rumah Tengku Adnan Tengku Mansor di Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/RASHID MAHFOF


 Baca dulu berita penuhnya disini, nanti penulis JELASKAN dibawah.

Tingkat atas rumah Ku Nan terbakar

                                                          
Kebakaran teruk memusnahkan aras empat rumah Tengku Adnan Tengku Mansor di Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/RASHID MAHFOF

KUALA LUMPUR 8 Mei - Tingkat atas rumah empat tingkat milik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Jalan Duta 5, Taman Duta di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.
Kebakaran di rumah itu yang didiami oleh Tengku Adnan sejak 25 tahun dipercayai bermula dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd. Faiz, 15, pada pukul 5.30 pagi berikutan kerosakan sistem pendingin hawa.
Menurut beliau, berlaku percikan api dari pendingin hawa itu ketika anaknya sedang tidur menyebabkan dia bingkas bangun dan mengejutkan semua ahli keluarganya yang sedang tidur.

"Ketika kejadian, terdapat 16 orang di dalam rumah ini termasuk ahli keluarga dan lima pembantu rumah. Saya segera mengejutkan mereka semua supaya keluar dari rumah sebelum menghubungi bomba.
"Tingkat empat rumah yang menempatkan tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan ruang makan musnah 100 peratus," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya sepatutnya menghadiri majlis perasmian hafalan al-Quran kanak-anak di Putrajaya hari ini memberitahu, beliau tidak menyangka kejadian sedemikian menimpa keluarganya berikutan pendingin hawa tersebut baru sahaja dipasang di bilik anaknya itu petang semalam.
"Saya dan keluarga reda dengan kejadian ini dan akan berpindah ke kediaman di Impiana Tunku, Kenny Hills sementara kerja baik pulih dijalankan," katanya.

Beliau dan ahli keluarganya berjaya menyelamatkan sebahagian barang-barang peribadi termasuk peti besi yang terletak di aras empat tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sentul, Halim Mustafar berkata, seramai 46 anggota bersama enam jentera dari Balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas dan Jinjang serta Jabatan Forensik dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira pukul 6 pagi.
"Api merebak dengan cepat berikutan dinding bangunan diperbuat daripada kayu yang mudah terbakar.
"Pihak forensik masih menyiasat punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian," katanya.

Betulkan apa yang anda baca diatas, tapi ADA SESUATU yang anda tidak tahu bahawa sebenarnya berita itu berlaku pada TARIKH DIBAWAH INI......


Jadi anda dah faham mana satu fitnah dan mana satu bukan fitnah.....JIKA ADA LAGI MANA MANA PIHAK GUNAKAN ISU INI,KAMI DAH BERI ANDA BUKTINYA ...

Walaupun penulis TAK SETUJU DENGAN TINDAKAN KU NAN dalam isu gelangdangan dan orang miskin, namun  fitnah begini penulis  TAK BOLEH TERIMA.!! 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.