-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 13 Julai 2014

GAMBAR ANGGOTA POLIS MARIN YANG TERBUNUH DAN DICULIK

PEMBACA



Sama sama kita doakan agar anggota polis Marin Konstabel Zakia Aleip yang dipercayai diculik ditemui dalam keadaan selamat. Takziah juga pada Korporal Ab Rajah Ramuan yang terbunuh...#Alfatihah


Ini berita penuhnya.








Kejadian tembak-menembak maut dilaporkan di Semporna semalam, tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kota Kinabalu melawat negeri itu.


Menurut sumber di Sabah pagi ini, seorang anggota polis marin dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik.



Lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan mendarat di Pulau Mabul, di perairan Semporna kira-kira jam 11.30 malam semalam.



Menurut sumber, polis mendapat maklumat dari orang tempatan yang mendengar bunyi tembakan dari restoran dan pejabat sebuah pusat peranginan di pulau peranginan itu.



Selaras senapang separa automatik M16 turut dilaporkan hilang selepas serangan di Banglo Air Resort itu.



Insiden ini merupakan sambungan dari beberapa siri penculikan sejak pencerobohan Sulu tahun lalu, dengan tiga insiden terakhir berlaku setiap bulan tanpa mengira cubaan yang gagal pada 7 Julai lalu.



Ia juga berlaku tatkala Najib mengumumkan untuk penambahbaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selepas dikritik kerana gagal menangani insiden penculikan walaupun membelanjakan jutaan ringgit dalam menyiapkan zon tersebut.



Menurut Bernama, Najib berada di ibu negeri itu di bahagian lain Sabah untuk bertemu pemimpin BN negeri bagi meraihkan sokongan dari "deposit tetap" mereka.



Lari ke negara jiran



Sementara itu, Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun memberitahu, anggota marin yang terbunuh berpangkat koperal dan yang hilang ialah konstabel.



“Kita tidak boleh dedahkan identiti mereka untuk menjaga sensitiviti keluarga," beliau dipetik sebagai berkata kepadaBernama di Kota Kinabalu hari ini.



Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.



Beliau juga tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah menyasarkan pasukan keselamatan negara susulan peningkatan penguatkuasaan di kawasan itu dengan ramai suspek ditangkap.



"Saya ingin mengingatkan kepada semua anggota dari semua agensi keselamatan kita di kawasan Esscom agar lebih berhati-hati dan sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama.



Sementara itu Najib mengucapkan takziah kepada keluarga Korporal Rajah Jamuan yang terbunuh dan berjanji untuk sedaya upaya mencari Konstabel Zakia Aleip yang dipercayai diculik.



"Takziah kepada keluarga Koperal Rajah Jamuan yang gugur di Mabul.



"Kita akan lakukan sedaya upaya untuk cari dan selamatkan Konstabel Zakia Aleip," tulisnya di Twitter.


1 Mesej diterima:

salam;
kenapalah sempadan perairaan negara kita bergitu mudag keluar masuk..aduh sshlah mcm ni

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.