-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 20 Julai 2014

3 PEMANCING,7 DOSA DIBULAN PUASA.......

PEMBACA
Nak JAWAB  ke tak panggilan ni....macam penting jer"
Awal pagi....

" Abang nak jumpa pelanggan ni, kalau lewat balik awak bukalah puasa duluuu......" Pesan seorang suami yang juga pemancing untuk DOSA PERTAMANYA.......menipu si isteri.



"Anak aku nii....entah apa kejadahnya pepagi nak minta beli roti dan air kotak........" Sambil geleng geleng kepala pemancing bergelar suami tadi menipu kali ke dua si tuan kedai yang sebenarnya SUDAH ARIF pada "Pelakon" dibulan puasa.

Tengah hari sikit lagi nak masuk waktu zohor...sikit jer lagiiiiiiiiiiii

" Ko tak puasa?" Tanya rakan pemancing sambil memerhati rakannya membuka beg dan hirup air kotak .Rakan ke duanya terus menjamah roti..maka tercatitlah dosa ke 3nya kerana makan didepan orang berpuasa.

" Alaaaaa....biasa laa, lagipun time mancing jer aku tak puasa punnn......." Jawab pemancing bergelar suami itu tanpa rasa bersalah.

" Ala, kalau ko nak buka.......buka la". Kata seorang lagi rakannya sambil menjamah roti yang kalau dirumah dia tengok pun tak LALU nak makan! 

"Entahnyaaaaaa....nahhhhhhhhhh ". Pujuk si Suami tadi sambil hulur air kotak tanpa dia sedari DIA SUDAH MELAKUKAN DOSA KE 4 kerana MENGAJAK rakannya  berbuka sebelum waktunya,rakannya tergugat iman kerana cuaca memang panas.......air kotak diambillllll...........

Petang.......selepas 10 minit azan Asar diperdengarkan .

" Jabb.....Kita singgah masjid dulu......."

"Isk ko ni....dah la tak puasa, ko nak semayang asar gak ke". 

"Gosok gigi dan basuh mukalah bodohh! Ko kan tau CUMA PEROKOK saja boleh kesan kita puasa ke tidak...kan bapak aku perokok tegar,balik karang dia perasan.....nayalahhh". Jawab si suami tadi sambil mengeluarkan berus gigi bersama plastik berisi colgate dan sebuku sabun. 

"Betul gak tuu.....tak terfikir lak akuuu......". Ketiga tiga mereka masuk ke tandas dan mulakan operasi PEMBERSIHAN diri agar tidak KANTOI ,seketika juga mereka meluru keluar dari Masjid bersama dosa ke 5 dan ke 6  bagi si suami tadi kerana tidak solat Zohor dan Asar.

30 minit sebelum waktu berbuka.

"Kan Sal dah cakap, tak guna mancing bulan puasa ni ...kan ikan  puasa...hik!hik!hik". Perli si isteri tak kala melihat suaminya pulang bersahaja.

" Huh! Mana awak tahu saya gi mancing ni...kan saya kata pergi jumpa pelanggan tadi". Suami cuba mempertahankan dosa pertamanya awal pagi tadi.

"Elehh! Cam lah Sal tak tau, Kudin dengan Imran datang cari abang tadi.....bulan bulan puasa ni tak baik menipu bang...". Jawab si isteri menyebabkan suami meneguk air liur kerana kantoi disebabkan kedua rakannya tadi.

"Percaya sangatlah cakap mereka berdua tu...dah! dah! cepat bersiap kita gi beli lauk kat Bazar ...karang lewattt......."Cepat cepat si suami matikan kisahnya yang kantoi itu .....secepat itu juga SI SUAMI DICATAT DOSA ke 7.......


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.