-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 13 Jun 2014

PANGGILAN TELEFON YANG KANTOI.....HATI HATI DENGAN KES SEBEGINI!!

PEMBACA
Nak gelak pun ada,tak padan ngan kongsi lucah tuuu!

Banyak cara digunakan untuk menipu, bayangkan jika yang menerima panggilan seperti kisah Nur dibawah itu emak @ ayah kita ....jadi hati hati dan sentiasa waspada terutama berkongsi maklumat peribadi di Facebook.


Semasa asyik menonton TV, triba triba telefon rumah Nur berbunyi....adehh!! Rasa terperanjat dan terpegun kerana sudah hampir setahun rasanya telefon rumah milik Telekom itu tidak bersuara,malam ini triba triba dia bersuara nyaring.....yelah! Kita asyik ngan telefon tangan ajer kan,telefon rumah tu jadi barang antik jer la an an an.

Agak berdebar dada semasa panggilan itu hendak dijawab, lucu pun ada kerana LUPA camne nak pegang gagang telefon ....adehh!

" Ini rumah Puan Mysury Nur Huda Binti Fansury ke...." Tanya si pemanggil.

"Iye.....saya orangnya, kenapa dan dari mana niii....." Tanya Nur yang agak terperanjat dengan cara nama disebut seolah olah ianya panggilan penting. Debaran makin kencang.....Ya Allahh!

"Kami dari kedutaan Indonesia......suami puan ditangkap kerana miliki passpod palsu...." 

"Apaaaaaa!! " Terperanjat Nur dibuatnya,hampir nak luruh jantung!!

" Sabar puan, macam nilahhh, kes ini kami belum nak panjangkan lagi,kami dah berbincang dengan suami puan dan dia bersetuju untuk kita selesaikan kes ni,sebab tu dia minta kami hubungi puan kerana dia terpaksa ditahan di lokap ......" Cerita di pemanggil lagi.

" Maksudnya ..." Soal Nur untuk tahu.

"Puan kena bayarlah sikit untuk kami tutup kes ni...kalau tidak kami terpaksa tahan suami puan di Kedutaan Indonesia ni dan mungkin dua minggu baru boleh dibebaskan." Beritahu si pemanggil lagi.

" Berapa? Macam mana plak saya nak bayarr......." 

" Tak banyak....RM10,000 saje...inipun saya kena agihkan pada pegawai kedutaan dan Imigresen ..." 

"Banyak tuu.....boleh beri saya masa? Mana nak cari RM10,000 tu malam malam macam niii,kalau pakai kad pun tak lebih RM3000 jerr...." Soal Nur pula.

" Setakat ni tunai berapa yang puan ada...kan saya kata kita boleh bincang hal niii........" Pujuk si pemanggil.

" RM4000 adalah.......tapi macam mana saya nak bayar? Macam mana kalau awak menipuu...." Soal Nur lagi.....

" Saya tak tipu puan, Sejam lagi saya akan hubungi puan untuk beritahu macam mana nak bayar, sejam sempatkan puan nak keluarkan duit dari bank......."

"Kena bayar malam ni juga ke? Esok tak boleh?" Soal Nur lagi untuk kepastian.

"Secepat mungkin,kesian suami puan kena tidur dalam lokap kalau lewat bayar nanti....." 

"Baiklah saya pergi bank dan balai polis dengan SUAMI SAYA selepas ni, NANTI sejam awak  hubungi Sa......"Belum sempat Nur cakap panggilan itu putus. Nur mengucap panjang sambil memerhati suami yang sedang leka membaca akhbar dikerusi tamu.......

Tak sangka PENIPUAN yang membabi buta begini pun ada yang sanggup lakukan,patutlah mereka telefon guna nombor telefon rumah takut nombor dikesan....tapi Nur pelik dan keliru, macam mana si pemaggil ni tahu No telefon rumah dan nama Nur?? 

Tak kan Telekom ? Nur siasat sendiri dan akhirnya jumpa MACAM MANA NOMBOR TELEFON Nur boleh PEMANGGIL NI TAHU, rupanya ianya terdapat pada profile Facebook Nur....

Aduhaiiiiiiiiiii!! Barulah perasan dan mula teringat pesan En Somi, JANGAN KONGSI maklumat peribadi dalam media sosial..........Ampun bang!!

Baiklah! Kali ni Nur ajarin macam mana kita nak HIDE kan info @ maklumat peribadi kita jika kita nak juga masukkan dalam Facebook...

Dari Wall Facebook anda klik pada Profile dan pilih about.

- Pada bahagian Contact Information anda klik EDIT, kemudian ubah setting kepada ONLY Me seperti gambar dibawah. 

Semoga kita dilindungi ......Amin!












0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.