-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 12 Jun 2014

JUMAAT - SUSAH TAPI KAYA........BENARKAH?

PEMBACA

Siapa kata orang kaya tak susah terutama orang kaya yang kedekut? Tak caya semasa solat Jumaat nanti,cuba duduk disebelah mereka yang kaya dan anda akan lihat aksi seperti dibawah.

Semasa kotak derma masjid lalu depan mata, orang biasa yang seperti kita akan masukkan duit dalam kotak tu sebelum kita hulurkan kotak derma tu pada jemaah disebelah.....Andai kata jemaah disebelah anda ialah orang kaya, beliau akan hadapi kesukaran untuk masukkan duit kerana takut JUMLAH DUITNYA kita lihat, dia akan genggam atau gulung duit tu kecil kecil....

Itu pun kalau dia rasa nak derma, ada kalanya dia tolak saja kotak tu ke jemaah sebelahnya tanpa masukkan duit...ialah nak masukkan duit RM2 takut anda TERNAMPAK pula "Eh! Kedekutnya .......nak dermakan RM10 orang kaya tu TERASA BESAR PULA nilai duitnya.......kan susah JADINYA tuuu......!

Dalam bab derma ni, memang orang kaya akan hadapi masalah terutama yang meminta tu datang ke rumah....nak hulur sikit takut dikata kedekut,nak hulur banyak "nanti jadi tak IKHLAS" ......nak tak nak buat pagar besar besar dan duduk diam diam jerr......kan susah tuuu!

Itu bab derma, nak minum petang atau pagi sambil borak borak dengan rakan rakan pun susah, tak kan dia tak belanja beberapa rakan yang minum sekali dengannya,tak kan pula dia nak jatuhkan martabat kekayaannya dengan bayar asing asing ......sebab itulah kita selalu ternampak orang kaya MINUM diwarung ditempat yang dia TIDAK DIKENALI.....duduk pun di meja paling tersorok........KAN SUSAH juga tuuu......

Pengajarannya, redhalah dengan apa yang kita ada,memang semua nak kaya tetapi adakalanya kaya itu lebih memeritkan lena tidur....sederhana kan lebih baik!

Hidup cara sederhana .......



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.