-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 23 Jun 2014

EMAK KANTOIKAN HAIZLIN YUSOF.........Aduhai!!

PEMBACA
Selamber jerr!

"Apa nak jadi dengan ko ni Lin?? Sanggup berjaga malam tengok bolaa....." Kata emak itu memeranjatkan Haizlin Yusof yang asyik menonton bola sepak diantara Argentina dan Iran. 

Biskut yang dikunyahnya hampir tersembur keluar kerana tidak dijangka emaknya akan TERJAGA pepagi sebegitu.....

"Ala emakk, bukan selalu Lin tengok tibipun......" Haizlin Yusof menjawab.

"Isunya ko tu perempuan, tak manis tengok bola ...ubah ubahlah Lin, ape ko nak jadi niii....." Emaknya dah mulakan mukadimah "Tazkirah" . 

"Laaa....bukannya Lin nak jadi pemain bola pun,cuma minat bola sepak jer,tak kan salah?" Haizlin Yusof menjawab sambil sapu sampah jam 4.30pagi untuk menjaga hati emaknya   (sebenarnya dia lupa pesan emaknya minta dia menyapu pukul 7 pagi semalam.........ehh)   

"Bukannya tak boleh! Tapi tak kena, insafilah diri Lin, kita ni orang susah.... adi ko kata esok ada Ujian, ni emak bangun ni nak buat solat hajat tau supaya mudah ko nak jawab ujian esok...." Emaknya dah pun mulakan Tazkirah dengan seribu keinsafan.

"Tapiiii makkk......" Belum sempat Haizlin berkata,

"Dah, tutup TV dan menyapu tu, ko gi ulang kaji ,baca dan hafal apa yang patut...emak nak buat solat hajat ni. Hissss! Dah tahu nak ujian malas plak membaca...hisskkk! " Kata emak diakhir tazkirahnya .

"Aduhaiiii emakkkkkkkk........ esok Lin ada UJIAN MATA jer pun..... nak study apenyeeee....." Jawab Haizlin Yusof sambil gosok cermin matanya...ehh!


  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.