-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 9 Jun 2014

CINTA SEORANG BANDUAN DAN DR MAZIAH........

PEMBACA

"Yaa Siin Wal Qur'anil hakim Innaka laminal mursaliin 'Ala siratim mustaqim Tanzilal 'azizir rahim Li tunzira ...Dr Maziah berenti...dia tak dapat meneruskan bacaannya , air matanya tidak dapat ditahan lagi...mengalir laju bila dia terbayang wajah arwah suaminya...lebih lebih lagi apabila dia terkenang apa yang telah dilakukan pada suaminya,sebaknya amat terasa bilamana dia tidak sempat memohon ampun dan maaf ....
Dr. Maziah cuba lagi meneruskan bacaan,namun tidak mampu juga dia membaca, hatinya lebih sebak setiap kali dia menyebut surah Yasin.Dengan lemah longlai dia bangun untuk kedapur. Langkahnya terhenti didepan bilik anak tunggalnya...

Pintu dibuka...Dr Maziah melihat anaknya sedang lena...anaknya seorang OKU yang bisu itu diusap dan dikucup dahinya...sayangnya Dr. Maziah pada anaknyalah yang menyebabkan dia menjadi derhaka pada suami ,dia jadi lupa dan alpa dalam mencari KEBENARAN yang dia sendiripun tak pasti.

Dengan segelas air suam, Dr. Maziah masuk kedalam bilik suaminya..seingatnya itulah kali ke 5 dia masuk kebilik itu sepanjang 3 tahun perkahwinan mereka. Dibilik inilah suaminya tidur ,disinilah segala kebenaran yang dicari ditemuinya.

Dia memandang sekeliling bilik sambil menahan sebak...dia terpandang sebuah kotak  atas almari yang pernah dilihatnya dulu,hatinya bertambah sayu apabila terlihat kain batik pemberian arwah suaminya...

Kain batik itu diambil...dipakainya setelah sekian lama "TUAN BADAN tidak sudi ".Dia menyesal namun sesalannya sudah tidak lagi memberikan makna.

Perlahan dia membuka semula laci ....dilihat kembali kertas kertas kecil dan besar dari dalam almari itu...fikirannya kembali melayang pada kisah lalu.......

Razali bin Razak adalah suami kedua setelah kematian suami pertamanya...perkahwinan beliau dengan Razali bukan atas dasar cinta dan ianya berlaku dalam satu kejadian yang hampir merosakkan kerjayanya sebagai seorang Dr.Motivasi yang dikenali,dan Razalilah yang menyelamatkan dia.

Diawal perkahwinan ...semuanya nampak lancar kerana  Dr Maziah tidak mengetahui SIAPA RAZALI sebenarnya.  Apa yang diketahuinya ketika itu...Razali cuma seorang buruh kasar yang jika diukur memang tidak LAYAK berkahwin dengan dirinya.

Sikap curiga Dr. Maziah terhadap Razali mula bersarang dalam dirinya apabila mengetahui RAZALI SEBENARNYA ADALAH BEKAS BANDUAN!! Hatinya mula resah dan gelisah sejak itu...keselamatan dia dan anaknya mula terasa terancam..

Dr. Maziah mula berwaspada lebih lebih lagi bila Razali dilihat cuba memperkosa anak tunggalnya walau dinafikan oleh Razali...Perasaan marah dan berdendam mula menapak dalam jiwa bila duit simpanannya juga mulai hilang.

Dr. Maziah mula berpakat dengan peguamnya untuk menyelamatkan diri dan anaknya...perancangan diatur supaya Razali kembali ke penjara semula...sekurangnya dia mampu menyelamatkan orang lain yang mungkin akan DIANCAM RAZALI.

Dengan segala perancangan ,Razali berjaya dihadapkan ke Mahkamah atas beberapa tuduhan melihatkan dirinya yang terasa diancam dan ditipu. Kecohlah didada dada akhbar

Setelah beberapa hari sesi soal jawab dan beberapa saksi berlaku..Razali dipanggil membela diri kerana ternyata semua bukti yang diberi berpihak pada Dr. Maziah.

Hari itu....

Razali yang tidak diwakili peguam itu tenang diatas kerusi sambil mendengar satu persatu pertuduhan dibaca kepadanya. Razali lebih banyak tunduk memandang lantai mahkamah.

Habis saja semua pertuduhan dibaca, mahkamah kembali sunyi...semua mata dan telinga tertumpu pada BEKAS BANDUAN Razali bin Razak...masing masing menanti dengan debar Razali membuka mulut.

" Saya tidak ada apa hendak diperkatakan tuan Hakim, saya terima saja semua pertuduhan keatas saya". Kata Razali dengan tenang tapi terdengar nada sebaknya.

" Tapi awak harus menjelaskan segala terperinci pada mahkamah". Peguam Dr Maziah membantah kerana dia masih tidak berpuas hati dengan Razali yang seakan menyembunyikan sesuatu.

"Saya tak mahu jatuhkan maruah isteri saya...saya terima semua hukuman yang akan dijatuhkan". Jawab Razali.Dr Maziah cuma geleng gelengkan kepala...lakonan apakah SUAMI nya inii...??

" Hahahaha......Banduan macam kamu bercakap soal maruah?? Banduan yang cuba memperkosa anak tirinya sendiri ini cuba bercakap soal maruah!! Banduan yang tidak lansung menghargai pengorbanan isteri yang sebenarnya menyara hidup kamu bercakap soal maruah!Lakonan apakah ini Razali...Lawak lawak..." Perli peguam Dr. Maziah menyebabkan Razali TERASA......

" Jaga sikit mulut kamu tu saudara!! " Marah Razali dengan mata Razali mula berkaca..

" Saya sentiasa menjaga mulut untuk menegakkan keadilan Razali..kemana kamu bawa duit RM260ribu itu...itu saya nak tahu kerana ianya mungkin kamu dapat mengurangkan sedikit hukuman keatas kamu...Kamu beritahu kami ,siapa dibelakang kegiatan kamu..". Peguam Dr. Maziah terus menekan Razali.

" Saya tiada kaitan dengan sesiapa...saya seorang diri..."

" Kamu seorang diri?? Tuan tuan percaya?? Dengan mencuri wang dari isteri sendiri lebih RM260ribu kamu ingat kami nak percaya." 

Razali masih diam menyebabkan hakim mula bersuara..."

"Baik kamu jelaskan Razali..sekurang kurangnya kamu dapat menyelamatkan orang lain jika kamu terlibat dalam organisasi yang menyalahi undang undang".

Razali memandang hakim......tunduk , 

"Tapi saya tak mahu jatuhkan maruah isteri saya tuan hakim"...

" Maruah! Maruah! Itu saja alasan kamu..." Peguam Dr. Maziah tidak dapat menahan sabar. 

Razali diam....dadanya diurut ,dia memandang wajah peguam isterinya,berpaling pada Tuan Hakim...

" Memang benar saya seorang bekas banduan ,tapi saya juga manusia yang mahu mengubah corak hidup...saya juga mahu bersihkan nama saya terutama tanggapan masyarakat lebih lebih lagi isteri sendiri   tentang banduan  seperti saya.

" Sejak mula melangkah kaki kanan keluar dari penjara, saya telah bersumpah dan bertekad untuk menjadi sebaik baik manusia...cukuplah perjalanan sia sia saya 15 tahun dalam penjara ,dan itulah yang saya lakukan pada keluarga saya...saya bertanggung jawab pada anak dan isteri walau saya sedar kadang kala kehadiran saya dalam hidup mereka tidak mereka sedari dan dialu alukan. 

" Sebagai bapa saya juga bertanggung jawab pada keadaan anak saya, walau dia bukan anak kandung saya...saya tahu, .dan itulah yang saya lakukan ..." Razali berenti berkata...air matanya mula mengalir.

Sambil mengesat air mata, dia mengambil sesuatu dari poket bajunya..envelop berisi beberapa keping kertas diletakkan didepannya...

" Saya tidak berniat untuk merogol anak saya tuan hakim...malam itu Amilia sakit kuat dan Dr Maziah tiada dirumah. Sayalah yang menjaga dia dibiliknya...sayalah yang menukar pakaiannya tetapi waktu itu Dr Maziah tiba triba telah pun berada dibelakang saya...ini juga ada resit dan ubat apa sebenar yang berlaku malam itu ..."

Duit yang saya ambil itu adalah untuk anak tiri saya dan saya mengaku menipu isteri saya kononnya wang itu saya nak gunakan untuk menjalankan perniagaan,melalui wang itulah saya buat pembedahan untuk anak saya tanpa mereka sedari, lagipun saya tak mahu isteri dan anak saya tahu SIAPA PENDERMA kerana MUNGKIN PADA MEREKA KEHADIRAN SAYA TETAP TIADA MAKNA!. KINI Dua buah pinggang saya berada dalam badan Amilia..anak saya.

RM260RIBU ITU SEBENARNYA TIDAK CUKUP tuan hakim...Saya berhutang jantung dengan seseorang, jika saya  tiada NANTI JANTUNG INILAH BAKI DUIT PEMBEDAHAN YANG TIDAK CUKUP ITU...

Inilah sebenarnya yang saya lakukan ...dan ini juga bukti yang saya perkatakan. " Kata Razali sambil menghulur envelop pada pembantu mahkamah. 

Suasana dalam mahkamah kembali sayu...Razali berusaha untuk menoleh kebelakang...dia melemparkan senyuman pada isterinya Dr. Maziah dan anak tirinya Amilia....Razali tunduk semula sambil menanti panggilan ilahi...

" Tuan hakim...saya perlu semak dulu semua bukti ni dengan anak guam saya..." Kata Peguam Dr Maziah yang mula rasa resah DAN TERKEDU apabila melihat bukti yang dirujuk padanya.

" Baiklah!! Mahkamah berenti sementara.." Hakim berbicara sambil terdengar laungan BANGUNNNNNNNNN!!!

Semua bangun.....Dr Maziah yang  memeluk erat anaknya cuba untuk berdiri namun dia tak mampu,..air matanya berjujuran ....Jika tidak berada dimahkamah, mahu saja Dr Maziah memeluk dan mencium tangan suaminya...mahu saja Dr Maziah melutut depan suaminya mohon ampun dan maaf...

Encik...encik...bangun! " Kata pembantu mahkamah pada Razali yang masih lagi tunduk memandang lantai...

"Encikkk..." Pembantu Mahkamah memegang bahu Razali...namun badan Razali  seakan sudah tiada tenaga..mata Razali sudah terpejam...tubuhnya sudah kaku...

Razali sudah dipanggil mengadap ILAHI ...diatas kerusi yang sama dia dituduh mencuri 15 tahun lalu........














0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.