-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 14 Jun 2014

AYAH DAN IBU KANTOI DERA AIMAN.....FIKIRLAH TUAN PUAN!!

PEMBACA

Jika kita tanya pada setiap ibu bapa,semua nak anak mereka berjaya atau sekurang kurangnya menjadi insan berguna...


Tetapi pernahkah kita terfikir adakalanya sikap kita sendiri tidak mampu berlaku adil pada anak anak. Ambil contoh dan iktibar adegan panas dibawah melibatkan Mohd Aiman Bin Mohd Yassin yang didera  kedua ibu bapanya.....

"Aimannnnnnnn......cepat mandi,nak gi ngaji dah ni karang lewat". Jerit si ibu depan TV. Aiman cuma buat buat tak dengar jeritan ibunya,dia leka bermain game . 

"Aimannnnnnnnnnnnnn!!! " Kali ni suara si ibu lagi kuat dari tadi.......Aiman baru buat buat dengar panggilan si ibu.

"Yelahhhhhh! Aiman nak mandi lah ". Katanya tapi masih mengadap game. Azan Maghrib mula kedengaran di kaca tv, si ibu menukar siaran tak kala Azan masih berkumandang....Kedengaran motor si ayah  yang baru balik selepas  minum diluar bersama rakan rakannya, Aiman yang tersentak terus berlari ke bilik airr.......ternyata bunyi motor ayahnya saja Aiman dah ketakutan.

Ayah dan ibu mengadap TV....Aiman mencari cari baju didalam bilik.

"Ibuuuu.....mana baju?? Tak jumpe punnn.......! " Suara Aiman dari dalam bilik.

Si ibu meluru ke bilik untuk membantu Aiman, Ayah tukar pula siaran TV kesukaannya.......

Dalam bilik......

"Ibu.....Aiman rasa tak sihat lah....nak demam plak!". Aiman berkata dengan lembut sambil buat wajah sedih.

"Huh! Tak nak gi ngaji lah tuuu.....dah dah! Tak payah nak nipu,main game sehari suntuk tak demam plak.....". Aiman sebak tanpa Aiman dapat rasakan ibunya juga DUA KALI LIMA dengannya,seharian mengadap TV . 

"Kalau berani gi cakap kat ayah......" Kata si ibu tak kala mengiringi Aiman keluar bilik.

"Haaaaaaa! Napeee? Tak nak ngajiii....?? " Ayah yang mendengar bebelan si ibu mula bertanya dengan wajah bengis.

Aiman cuma diam, niatnya nak ponteng ngaji malam ini sudah KANTOI, tapi niat ayahnya untuk lepak dan minum setiap petang bersama rakannya TIDAK PERNAH KANTOI.....Aiman redha!.

Aiman membonceng motor ayah dengan malas,Aiman lupa dan malas nak salam tangan ibunya seperti dilakukan sebelumnya.....Ibu juga terlupa perkara itu  kerana SAKIT HATI siaran TV sudah ditukar oleh suami. Si ibu terus mengadap tv.....manakala si ayah sudah pun membawa Aiman ke surau berdekatan.

Surau malam itu kebetulan ada kenduri TAHLIL , si ayah cuma  senyum pada jemaah surau yang melihatnya menurunkan Aiman dari motor....Aiman berlalu ke kelas mengaji, si ayah memecut motornya laju keluar dari surau.

Tidak terus balik ke rumah, si ayah singgah minum sekali lagi di kedai minum kesukaannya bagi mengisi masa lapang sementara  menanti Aiman habis mengaji. Ada juga rakan rakannya yang tidak pulang kerumah sejak maghrib tadi , si ayah sempat perli.....

" Ko ni macam tak de anak biniii........"
  
"Alaaaaaaaa, aku balik pun bini aku lebih suka tengok tv dari tengok akuu......" Jawab seorang rakan si ayah.

" Sama denganlahhh....." Jawab si ayah sambil order tea tarik .

" Ok la korang, bini aku bukan setakat dia konker TV, siap PERLI LAGI kalau aku tak keluar LEPAK MINUM " Kedai minum terbakar ke bangg?" katanya ". Beritahu pula seorang lagi rakan si ayah yang mengundang ketawa secara jemaah sedangkan  KETIKA ITU juga ada jemaah yang sedang baca Tahlil si surau.....!

Pok pek pok pek si ayah dan rakan rakannya bualkan, semua perkara dari bola kepada bola juga untuk bolaaa adeh!.....sedar tak sedar Azan Is'yak mula kedengaran menandakan Aiman dah habis mengaji.......Si ayah cepat berlalu untuk mengambil Aiman dari surau.

Sampai di rumah, Aiman meluru ke bilik untuk menyambung game yang terbantut tadi, sempat dia menjeling pada si ibu yang masih mengadap tv, Ayah terus masuk bilik dan bersiap untuk mandiii........

"Gameee ajeeeeeeeee!! Gi makan dulu Aimannn........" Kata si ibu yang matanya tetap  mengadap tv....bukan cerita drama yang ditontonnya, TANYALAH USTAZAH.....malangnya dia cuma menonton dengan minat tapi tak pernah si ibu berminat nak jadi Ustazah atau sekurangnya mencontohi Ustazah kegemarannya.

"Ala.....jab lagilah Aiman makan ibuuu......." Jawab Aiman sambil terus dialam fantasi GAMEnya. Si ayah keluar dari bilik air lalu disapa si ibu.

"Abang nak makan?" . Tanya si isteri. 

" Dahh, makan kat luar tadii......" Jawab si ayah sambil ambil semula kunci motor. Sebelum berlalu keluar semula,si ayah sempat berpesan pada isterinya....

"Kunci pintu ni, abang lewat kot balik malam ni ada bolaa......." Kata si ayah, Aiman yang leka dengan game tidak peduli lagi pada ayahnya......bunyi motor ayah kedengaran makin jauh dan makin jauhhh.......

Habis rancangan Tanyalah Ustazah, si ibu menukar siaran lagi sambil bertanya Aiman.

" Tak ada kerja sekolah ke Aiman? " 

" Takk....."Ringkas dan pendek jawapan Aiman kerana Aiman sendiri  tidak pasti ADA KE KERJA SEKOLAHNYA ?Apa yang DIBELAJARNYA ?? Ahhh! Sambung game lagiiii.......

Selepas makan malam, 

"Dah....letak game tu kat situuu, gi masuk tidur esok nak sekolah.....Ibu malas nak kejut lama lama!!" Pesan si ibu sambil menyambung menonton TV sama seperti si ayah yang bersorak hiruk pikuk bersama rakannya menonton bola di kedai yang sama,  CUMA waktu yang tidak sama iaitu ZOHOR,ASAR, MAGHRIB DAN IS'YAK!. 

Aiman masuk ke bilik dengan wajah mencuka......matanya TERKEBIL KEBIL SEBELUM TERTIDUR.......

Aiman tidak mengerti dan tidak DI AJAR UNTUK MENGERTI.........tetapi ANDA YANG MEMBACA INI SEPATUTNYA MENGERTI apa tujuan PENULIS LAMPIRKAN KISAH AIMAN INI.......

Jujurlah dengan anak dan jangan dera anak kerana TAKUT KITA PULA DIDERA  ALLAH!!



1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.