-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 4 Mei 2014

SEDIH ....KISAH BENAR DI HENTIAN SEREMBAN .......3 april 2014

PEMBACA

Masuk saja dalam hentian RnR Seremban, penulis letak kereta dikawasan yang agak lengang,niat dihati nak lelapkan mata sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke KL.
Baru saja penulis hendak turunkan kerusi untuk baring, triba triba sebuah kereta Nissan Sunny lama parking disebelah . Teruja dibuatnya kerana amat jarang kita dapat melihat kereta lama seperti Nissan Sunny sekarang ni masuk lebuhraya...

Kelihatan seorang pakcik keluar dari kereta, pakaiannya amat smart dengan berbaju batik dan bersongkok.....diikuti isteri dan anak anaknya. Mereka kelihatan sibuk mencari sesuatu dibahagian belakang kereta, entah kenapa triba triba terasa sayu apabila MAKANAN DIBAWA ke pondok rehat seorang demi seorang....Ah! Nak makan tengahari keluarga ni....Syukurlah! Pandai berjimat keluarga ni.....kalau dihitung pakcik ni pergi makan dikedai dengan keluarganya yang  seramai 6 orang, tak cukup RM50 cuma untuk nasi campur.

Penulis biarkan keluarga ini dengan rezeki yang diberi Allah pada mereka, penulis terus menggelamun untuk beristeri dua ehhh! Sambil lelap, lelap, dan lelap kan mata.....  

Triba triba pintu kereta penulis diketuk....

"Encik...boleh tolong??" . Tanya Pakcik yang penulis lihat tadi,penulis gosok gosokkan muka kerana masih mamai.....berapa lama dah agaknya terlelap tadi...adeh!

" Napa pakcikkk...".

"Kereta pakcik tak leh idup laa...". Kata Pakcik tersebut sambil mengiringi penulis ke kereta Nissan Sunny miliknya,sempat penulis hulurkan senyuman pada isteri dan anak anaknya yang resah dan gelisah.

" Api tak ada langsung ni...ni bateri kong ni Pak cik..." Kata penulis setelah dibuat sedikit kaji selidik PUNCA KEROSAKAN ....

"Bateri? err...kalau rosak mahal takk...". 

"Paling murah pun dekat dua ratus pakcik..."

"Dua ratusss....aduhaiii...." Pakcik itu termenung sebentar, kelihatan dia melambai isterinya.

"Ape rosak abang...".

"Encik ni kata baterii.....dekat dua ratus tuu... parah macam ni Yah...Abang ade seratus jer ni, karang nak isi minyak lagiii...". Rintih pakcik tu ....

Isterinya kelihatan mencari sesuatu dalam beg duitnya ,kemudian tergaru garu kepala ke arah suaminya......penulis cuba sibukkan diri dan seolah olah tidak mahu mendengar perbualan mereka...sedih dan sayu! 

"Yah pun tak de bang...setakat lima puluh adelah, tadi dah bagi kat Ain buat belanja asrama dia..." Sayu suara isterinya ....penulis teruskan lakonan seolah tidak mendengar perbualan mereka padahal DADA DAH TERASA SEBAK! .

"Kena ganti ke encik..." Isteri Pakcik itu triba triba bertanya menyebabkan penulis serba salah nak beri jawapan sebenar.... 

" Sepatutnya begituuu,lagipun bateri ni dah 3 tahun lebih ni...tak pe saya cuba idupkan boleh ke tidak....ada jumpers tak?"........Tanya penulis.

"Ape pulak benda tu..." Hahaha! Penulis tersalah tanya rupanya.....terus penulis senyum dan kembali ke kereta untuk mengambil jumpers untuk sambung bateri ...
(Ini lah jumper kalau tak tahu...penting juga benda ni dan perlu ada dalam kereta anda)

"Kita tolak kebelakang skit kereta ni, senang nak sambungkan nanti". Sedang kami menolak kereta ke belakang sedikit, sampai sebiji kereta yang  penulis tahu ini mesti "MEKANIK BERGERAK " yang mencari rezeki disekitar lebuh raya ini.

"Pasal bangg....." Tanya salah seorang pemuda dalam kereta tersebut. 

"Kecik jer, masalah bateri..tak pe...tak pe...." Kata penulis, bukannya penulis tak mahu beri pemuda tadi check kereta ni, penulis takut nanti lain jadinya, faham faham sajalah, ada pihak yang akan ambil kesempatan disaat kita kesusahan, lagipun bila sebut "Kena ganti bateri" saja wajah pakcik ni dah berubah,apatah lagi kalau ada kerosakan lain nanti...kesian dia.

Semasa penulis hendak mula hidupkan enjin selepas jumpers dipasang, penulis terpandang ANAK LELAKI PAKCIK INI SEOLAH SEDANG BERDOA.....Ya Allah! Sayunya rasa hati....harap harap dapatlah hidup kereta niii......

Alhamdulillah, setelah dicuba enjin kereta dapat dihidupkan........terpampang wajah keceriaan diwajah keluarga pakcik ini yang sudah kelihatan basah berpeluh dengan baju batiknya......

"Nak balik mana ?" Tanya penulis.

" Temerloh, tadi jenguk anak asrama  kat Selangor....harap selamatlah kami sampai...." Kata Pakcik tersebut sambil terdengar anak anaknya berkata .....AMINNNNNNNN! .

"Insya Allah....tapi lepas ni kena ganti juga bateri nii...." Pesan penulis  sebelum melihat keluarga itu beredar......

Setelah pakcik ni beredar lalu penulis ke surau ,semasa penulis nak ambil wuduk , penulis baru perasan  dan menjadi sebak kerana  PENULIS boleh TIDAK SEDARI macam mana duit RM20 triba triba berada dalam kocek baju penulis, penulis amat pasti duit RM20 ni adalah duit pakcik yang penulis bantu diatas kerana penulis tak akan simpan duit dalam kocek baju......aduhaiii!! Betul betul tak perasan " masa bila " dia masukkan duit RM20 ni dalam kocek....

TERMENUNG lama selepas mengerjakan solat Zohor dengan PEMBERIAN duit pakcik tadi, rasa BERSALAH kerana bukan itu NIAT PENULIS MEMBANTU.....

Tapi Allah memberi kita jalan.......

Semasa berjemaah solat Isy'ak di surau tempat tinggal penulis, tak kala selesai memberi salam, penulis terpandang TABUNG DERMA yang letaknya betul betul disebelah penulis......Mungkin ini RAHMATnya (bisik hati penulis)... lalu  penulis masukkan duit pemberian pakcik tadi kedalam tabung derma tersebut sambil berniat.......

 " Duit ni derma dari pakcik tadi dan semoga diberinya rezeki yang lebihhhhhhhh...Aminnnnnn".

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.