-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 25 Mei 2014

NABILA HUDA TAK PUAS HATI............DIA MULA SINDIR ORANG !!!

PEMBACA
Nampak SESUATU ? Hahaha
Cuba anda fikir apa yang diluahkan oleh  Nabila anak Amy Search dibawah kerana ianya ada kaitan dengan anda selalu pengguna MEDIA SOSIAL .......

Ini luahan ketidakpuasan hati oleh Nabila ......memang pedas dan mendalam kerana inilah yang selalu kita nampak terutama jika kita rajin melawat media sosial artis terkenal seperti dalam Instagram mahupun Facebook.

Memang diakui, ada pelbagai cara yang boleh digunakan oleh peniaga untuk iklan produk mereka dan salah satu cara yang paling MUDAH lagi PERCUMA ialah dengan letak iklan dalam komen artis terkenal,ahli politik dan sebagainya .

Salah ke cara peniaga tersebut? Dia bukan mencuri! Dia mencari rezeki halal! Memang tak salah dan ianya dibolehkan cuma anda fikir seperti adegan dibawah,

"Anda masuk kedalam kedai kasut Ah Chong yang ramai pengunjung, lalu anda perkenalkan produk Pelansing badan anda pada semua pelanggan yang sibuk memilih kasut disitu, adakah anda boleh jawab pada Ah Chong yang marah dengan tindakan anda itu " Apekk, gua bukan jual kasut, gua juai produk kecantikan ma....tak kacau pun lu punya bisnes!"

Itu satu contoh, sekarang anda fikir pula begini, Katakan produk anda terjual laris kerana letak komen pada Instagram Nabila, adakah anda KONGSI KEUNTUNGAN tadi dengan Nabila? 

Contoh ke tiga, IANYA BOLEH MENCETUS PERGADUHAN  seperti " KENAPA PADAM KOMEN AKUU? " ....."Bangsa sendiri pun tak nak tolong pe citaaa"! inilah yang selalu penulis nampak apabila ada pengiklan marah apabila iklan mereka dipadam oleh ADMIN Fanpage yang punyai ramai pengikut......aduhaiii!

Begini, penulis bukan tak setuju atau tidak mahu membantu anda yang mahu menjalankan perniagaan Internet, apa yang diluahkan ini sebenarnya untuk memberi sedikit kesedaran, adakalanya tindakan kita itu mengundang orang marah, dan tidak semua BOLEH KITA DAPAT denga cara PERCUMA.....

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.