-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 14 Mei 2014

JAWAPAN MENGEJUTKAN DARI ADUN BUKIT BESI KENAPA BELIAU KELUAR UMNO!!!

PEMBACA

Terus terang jika anda baca jawapan yang menjadi persoalan kenapa ADUN keluar UMNO dan rujuk semula dibawah anda pasti TERKEJUT dan mungkin TERGAMAM .........siapa sangka itu puncanya beliau mengambil keputusan keluar UMNO untuk sementara waktu.

Amat mengejutkan dan tidak disangka kerana ini alasan yang mampu diberi oleh seorang ADUN ,alasan mengejutkan ini dengan sendirinya telah membuka keaiban diri,malah UMNO pasti TERASA dengan tindakan melulu beliau hingga ada rakan dari UMNO sendiri berkata, "Dalam hidup ni ada 3 perkara kita jangan percaya, pertama UMNO, kedua UMNO dan ketiga pun UMNO......"......

Jadi jangan salahkan pihak lain kalau UMNO terus ditolak oleh rakyat, salahnya kerana pemimpin pemimpin mereka sendiri yang tidak boleh TERKEJUT .......adehhhhhhh!!


Ini punca dan sebab kenapa beliau ambil tindakan "BIJAK " tersebut yang membuktikan betapa sia sianya beliau menjadi ADUN BUKIT BESI yang sepatutnya KERAS tapi mudah lembik bila TERKEJUT!!! 

'Saya mulanya keluar Umno sebab terkejut'

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud yang kembali kepada Umno semalam menjelaskan, beliau pada mulanya mengambil tindakan itu kerana 'terkejut' dengan perubahan menteri besar negeri.

"Bagaimanapun selepas berfikir, saya ambil keputusan kembali dan terus menyokong Umno dan BN.

"Saya buat keputusan sendiri.

"(Ia) bukan dipengaruhi orang lain," kata beliau ketika ditemui sebentar tadi selepas menyertai pertemuan ADUN BN dengan perdana menteri di Putrajaya hari ini.

Mengakui tindakannya terburu-buru, beliau mengambil kesempatan meminta maaf kepada pengundi kawasannya.

"Tindakan saya terburu-buru jugalah. Saya nak minta maaf kepada pengundi dan ahli parti kawasan saya.

“Sekarang saya sudah selesai dan saya kembali berjuang demi agama bangsa dan negara," katanya.

Roslee dilaporkan keluar Umno dan menjadi ADUN bebas pada awal pagi 13 Mei, menyertai langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang tidak puas hati dengan cara beliau ditukar.

Bagaimanapun, kira-kira 12 jam selepas itu beliau dilaporkan bertukar fikiran dan kembali kepada Umno, sekali gus menyeimbangkan penguasaan BN dalam DUN dengan Pakatan Rakyat.

Langkah Roslee itu mungkin menjadikannya pemegang rekod calon bebas terpendek dalam sejarah politik Malaysia.

BN dan Pakatan kini sama-masa memiliki 15 kerusi dalam DUN manakala bebas pula dua kerusi. 

Maaf cakaplah, pada penulis ini lah rupa barah barah yang merosakkan UMNO dalam diam. 

FAKTA- 

Malaysialah satu satunya negara dalam dunia yang mempunyai ahli politik yang LETAK JAWATAN KEMUDIAN tarik balik ,keluar parti kemudian masuk semula parti....ONLY MALAYSIA tuan dan puan....cuma berlaku kat Malaysia bumi tercinta kita.... !!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.