-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 24 Mei 2014

AMBIL PERHATIAN!! GEMPAR! KHAIRY MERAYU PADA ASTRO.........Adakah Astro MAU UNTUNG DAN LUPA DIRI?

PEMBACA
BUKTIKAN! Kita mampu LAKUKAN PERKARA INI demi negara TERCINTA!

Sebenarnya penulis sedih dengan apa yang berlaku dalam kisah Rayuan YB Khairy Jamaluddin kepada Astro untuk membolehkan SELURUH RAKYAT negara kita "MERASAI Semangat WARGANEGARA" melalui perasaan CEMAS,CERIA,SUKA DAN DUKA untuk Aksi Piala Thomas setelah 12 tahun menanti MALAM ini.

Terkilan juga kerana sampai Khairy terpaksa merayu pada Astro untuk diberikan hak penyiaran pada RTM untuk siaran langsung ini setelah RTM tidak dapat menyiarkan siaran langsung kerana tidak cukup budget seperti kenyataan penuh dibawah.

INI KEPENTINGAN RAKYAT ,dan sepatutnya Astro yang bertapak dalam negara kita memikirkan perasaan rakyat biasa yang tiada Astro kerana bukan mudah kita nak MERASAI SAAT BERSAMA KELUARGA ,SAAT BERSAMA BERBILANG KAUM untuk SAMA SAMA MENYOKONG PASUKAN NEGARA KITA YANG TELAH MARA KE PERINGKAT AKHIR ......

12 tahun tempoh yang lama kita nanti, Fikirlah kepentingan rakyat,malah Astro juga akan dijulang jika mampu BERKONGSI nilai DUIT yang mereka keluarkan untuk sama sama dirasai setiap inci rakyat.

Penulis harap Astro pertimbangkan semua ini, dan sama sama kita doakan KEJAYAAN pasukan negara kita, ini bukan isu pemain BANGSA CINA, ini bukan isu politik tapi inilah DETIK DAN SAAT MANIS untuk kita MERASAI AIR MATA RAKYAT untuk NEGARANYA......! 

Ini rayuan Khairy dalam Facebook beliau. Jom kita sebar sebarkan isu SEBAGAI MANA DI SARAN OLEH YB KHAIRY ini supaya ada TINDAKAN diambil .......

  
Siaran langsung final Piala Thomas - Rayuan kepada ASTRO
Semalam menerusi akaun Twitter saya, saya telah umumkan bahawa Menteri Komunikasi & Multimedia setuju untuk siarkan final Piala Thomas melalui RTM. Sebagai bekas Menteri Sukan, Dato' Sri Shabery amat memahami jiwa rakyat jelata pencinta sukan, ramai yang tiada akaun ASTRO.
Apabila disemak dengan pihak ASTRO, mereka memaklumkan pada DS Shabery bahawa kos yang perlu dibayar oleh RTM sekiranya mahu hak penyiaran dari ASTRO untuk final Thomas Cup adalah RM 4 juta (ada yang kata RM 2.5 juta). Saya difahamkan bajet penyiaran RTM tidak cukup untuk bayar ASTRO sebab kebanyakkan bajet penyiaran sudah dibelanjakan untuk hak siaran Piala Dunia Bola Sepak.
Jadi setelah disemak DS Shabery mengesahkan RTM sudah tiada peruntukan untuk membeli hak siaran Piala Thomas dari ASTRO.
Selaku Menteri Sukan saya ingin buat rayuan terbuka kepada ASTRO, bagi seluruh pencinta sukan tanahair, agar dikurangkan atau dihadiahkan terus hak siaran tersebut kepada rakyat Malaysia menerusi RTM.
Bukan selalu kita masuk final Piala Thomas. Kali terakhir 12 tahun lepas. Dan kali terakhir kita menang 22 tahun yang lepas. Siaran perlawanan akhir esok harus dibawa kepada seluruh rakyat menerusi rancangan percuma.
Mungkin pelik saya buat rayuan terbuka. Mungkin akan ada yang komen, Menteri cakap lah sahaja senyap2 dekat ASTRO tak yah fofular. Tetapi pendirian mereka sejak semalam tegas, bayar RM4 juta untuk hak siaran.
Jadi saya terpaksa buat rayuan ini. Saya mohon rakan2 bersama merayu ASTRO untuk hadiahkan hak siaran kepada rakyat jelata.
Mohon rakan2 dapat share post ini dan sama2 merayu dalam FB, Twitter dan lain2 saluran media sosial.
Please, let Malaysians from all walks of life watch this final.

LUPAKAN DULU seperti contoh  komen komen dibawah ini, kita cuba DAPATKAN dulu "Nilai dan semangat MALAYSIA melalui piala thomas ini......kita BEKERJASAMA supaya SELURUH RAKYAT DAPAT MENONTON SECARA LANGSUNG MALAM INI, lupakan pasal politik,lupakan pasal KETIDAK PUASAN HATI ,kita bekerja sama SEBAGAI MANA PASUKAN KITA BERUSAHA UNTUK MARA KE FINAL DAN MUNCUL JUARA(Insya-Allah) ..itu lebih utama !! 

Ayuh  bergerak MALAYSIA .........!!! 
Penulis masih ingat saat INDAH INI, ketika itu seluruh keluarga duduk depan tv menonton SIARAN LANGSUNG INI,Penulis pula  menonton di kedai makan dimana ketika itulah penulis dapat rasai perasaan ANAK MALAYSIA bila mana kaum Cina ,India dan pelbagai bangsa lagi SAMA SAMA BERSORAK,SAMA SAMA SEBAK,SAMA SAMA MENITIS AIR MATA untuk NEGARA MALAYSIA.....

INI BERITA YANG PENULIS TERIMA, Alhamdulillah......TERIMA KASIH ASTRO ......

Sedia 5.30 petang ni.......KITA berjuang dengan SORAKAN .......

RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang ini dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM.

Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final Piala Thomas 2014.

Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014.

"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang telah membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, malam Sabtu.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam.

Bernama

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.