-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 15 April 2014

WARDINA KECAM USTAZ DON .....BIJAK SEMUANYA.....APA JADI NII??

PEMBACA

Setiap kali sebelum Ustaz Don memulakan kuliahnya, perkataan ini SERING DIULANG dan tidak lekang dari bibir beliau iaitu "Mohon diperbetulkan para alim ulamak....." Anda pegang kata kata ini sambil membaca kecaman dibawah.
Isunya bermula apabila Fanpage Wardina berkongsi status dibawah. Juga diingatkan, ianya DIKONGSI bukan dari Wardina ,atas sebab apa dikongsi mungkin kerana mahukan penjelasan yang lebih tepat dan arif tentang hal yang dibangkitkan.

Ini PEMILIK status yang dikongsi (Share oleh ) Fanpage Wardina diatas.

FACEBOOK BELIAU DISINI

Ini pula isu yang dibangkitkan, penulis beri anda DIRECT LINK untuk anda baca sendiri komen diberi atau untuk anda berkongsi pendapat nanti.



KLIK SINI UNTUK KOMEN 

INI PENJELASAN DARI FANPAGE WARDINA SETELAH ISU INI JADI PANAS

INI PENJELASAN DARI USTAZ DON 


Ini sebahagian dari komen yang sempat penulis baca.......Adooiii!

Muhamad Rozaimi Komentar saya selepas menonton video Don Daniyal ini:

1. Saya rasa asatizah dan ulama tidak benarkan ambil ilmu dari internet sebab adanya penceramah yang menyebarkan sesuatu yang dia tidak pasti. Saya dapati awak juga begitu dalam isu ini.


2. Isu video edit yang awak bangkitkan seolah kami yang menonton video itu tersalah faham maksud ceramah awak. Tapi di akhir video awak sendiri mengakui sememangnya teori awak tentang bani tamim itu betul dan awak kata ia hanya teori. 

3. Awak kemukakan isu tabayyun (selidik). Video awak tersebar di youtube dan facebook. Ada versi edit dan ada versi penuh berdurasi sejam lebih. Tabayyun apa lagi yang diperlukan? Jika benar ada yang tersilap dalam tabayyun sila nyatakan. Saya juga ingin bertanya di mana bukti awak tabayyun dalam isu ikhwan salafi wahabi nak runtuhkan sistem al-Azhar? 

4. Awak kemukakan pandangan kita boleh berteori selagimana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Tetapi awak tahu atau tidak teori awak bercanggah dengan hadis sahih tentang isu bani tamim? 

5. Saya tidak pasti apa sebab awak kemukakan isu telur dan butterfinger di sini. Ia bukan isu nak ajak bergaduh tapi ia isu amanah dalam menyebarkan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. 

6. Kesilapan yang tersebar secara umum mesti diperbetulkan secara umum supaya masyarakat tidak mempercayai perkara yang salah.

7. Awak timbulkan isu berjumpa. Saya ingin juga bertanya adakah awak sudah berjumpa pimpinan ikhwan sebelum awak buat tuduhan terhadap mereka? 

8. Bukankah baik jika kita berbeza pendapat kita kembali kepada quran dan sunnah? Tengok nabi sallallah alaih wasallam kata apa dalam isu bani tamim ini. Tengok pula apa kata ulama silam tentang bani tamim ini. Sesiapa yang mengkaji hadis akan tahu bahawa bani tamim ialah qabilah yang terkenal di Hijaz pada waktu itu. Jika awak ingin kata orang Melayu dari keturunan bani tamim mungkinlah ia boleh diterima dan dikaji. Tetapi teori awak terlalu jauh kerana seolah-olah Nabi sallallah alaih wasallam bercakap bahasa melayu sehingga mentafsirkan ta= tanah, mim= melayu.

9. Jika isu fitnah yang menimpa Ummul Mukminin Aisyah ada kaitan dengan kisah awak ini sila nyatakan di mana fitnahnya. 

10. Berdisiplinlah wahai Don. Anda berinteraksi dengan dalil-dalil syara'. Anda juga selebriti yang ajaran awak mudah tersebar.

KLIK SINI UNTUK BACA KOMEN LAIN DISITU 

Err.....pesan penulis yang bukan Ustaz ni......" setakat hari ini tidak sekali pun baik Ustaz Don mahupun Wardina sendiri minta kita minum arak,minta kita berzina,minta kita tinggal solat,SEMUANYA KE ARAH KEBAIKKAN disisi Allah".......

Gunalah ilmu sekadar kemampuan yang kita ada, bukan diluar kemampuan kerana ianya akan nampak lebih MEROSAKKAN  Akidah anda sendiri.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.