-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 17 April 2014

LEMBU MEMANG BODOH,TAPI KITA TIDAK SEPATUTNYA BODOH SEKAKI

PEMBACA


Pengalaman itu amat berharga kerana ianya tidak ada dijual dimana mana dan cuba anda selami kisah dibawah antara PENOREH GETAH dan seorang PEMILIK IJAZAH bagi membuktikan LEMBU MEMANG TIDAK BERAKAL,TAPI KITA YANG BERAKAL sepatutnya tidak bodoh seperti lembu. 

Memang agak lama juga penulis tidak menoreh, gian tu tetap ada ,lalu pada ahad yang lalu penulis ambil kesempatan untuk menoreh berjemaah bersama salah seorang pembantu yang menguruskan kebun getah penulis iaitu warga Indon berlesen ( Hahaha....ada permit la maksudnya).

Semasa dalam perjalanan ke kebun,penulis terserempak dengan segerombolan lembu ternakan....dibelek belek...eh! Bukan lembu ternakan penulis rupanya, teruskan saja perjalanan hingga sampai ke kebun.

Sampai di kebun, terus mulakan torehan sambil menyapa "Pak Sarko" pembantu penulis tadi. Sudah siap beberapa baris ditoreh, triba triba Pak Sarko berbisik pada penulis".

" Jangan bising boss...waduh! banyak bener lembunye niii....." Katanya sambil menunjukkan gerombolan lembu yang masuk ke dalam kebun getah penulis. Penulis lihat Pak Sarko sudah mendiamkan diri disebalik pokok getah.....Adehh!

"Isk! Pesal lak kena diammm....kena halau niii....karang abis semua tumpah susu getah dilanggar lembu nii....."Bentak hati penulis, iyelah kan! Penat dah toreh karang dibiar lembu tu langgar mangkuk susu lagi rugiii.....

Tanpa segan silu dan rasa bersalah, penulis melompat dan menjerit dengan kuat "HUARGHHHHHHHHHHHHHHHH"!!!, maka apa lagi mencicit cicit gerombolan lembu tu lariii...sampai BERASAP DAN BERABUK  KEBUN PENULIS DIBUATNYA! 

Nak tau apa jadi?? Habis semua mangkuk susu tumpah ,selerak sakan hingga ada pokok getah yang cedera dilanggar lembu yang GELABAH kerana disergah!! PENULIS dan Pak Sarko cuma mampu memerhati saja gelagat lembu yang MENGAMUK GILER berlari kesana sini ituu.

Apabila keadaan sudah kembali tenang dan lembu itu sudah hilang dari pandangan.....

"Sebenerrnya bos, kok ada lembu masuk kebun, saya biarkan ajerr, biar ajeh mereka lalu, kalau mangkuk tumpahpun cume satu duwe... kalau boleh diam kita diam, gini deh jadinya kalau lembu terkejut, itu sebabye saya nyorok tadiii......" 

Penulis baru tersedar , KESILAPAN PENULIS YANG SUDAH JADI BODOH LEBIH DARI LEMBU......


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.