-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 28 April 2014

LEBIH MENGEJUT DAN GEMPARKAN NEGARA DI KLIA 2 ........

PEMBACA

Beberapa hari lalu pihak Guiness World Record telah mengiktiraf KLIA2 sebagai MENARA KAWALAN TERTINGGI DIDUNIA selepas Thailand, jadi selepas ini kita minta juga GUINESS WORLD RECORD Iktiraf PENDEDAHAN DIBAWAH......


Ini bukan cerita bohong, ini kenyataan dari pihak disana sendiri dan semestinya kita harapkan ianya TIDAK DIPOLITIKKAN .......kita perlu penjelasan sebenar sebab ianya melibatkan WANG  RAKYAT.

Ini laporan yang TIDAK SEDAP DIDENGAR DAN PERLU DIBERI PENJELASAN .

Sambung landasan 1km berharga RM100 juta?

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoal mengapa pembayar cukai perlu membayar kira-kira RM100 juta untuk penyambungan KLIA Express bagi menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dengan jarak hanya satu kilometer.

KLIA Express ialah sistem Express Rail Link (ERL) yang kini berfungsi menghubungkan KL Sentral dan Putrajaya Sentral.

"Walaupun jaraknya hanya satu kilometer tetapi kos pembinaannya yang dibiayai oleh kerajaan adalah RM100 juta.

"Lepas itu, masih lagi dikenakan bayaran untuk airport transfer dari KLIA to klia2. Kita pun nak tanya apa rasional memberikan pampasan atau membayar kos penyambungan ini," kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam sidang medianya petang ini.


Pakai batu marmar tak pun emas kot kat Landasan ni...........??

Ini laporan berkenaan KLIA2 yang di iktiraf oleh GWR beberapa hari lalu

Menara Kawalan Trafik Udara KLIA 2 Tertinggi Di Dunia
Menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai menara kawalan tertinggi di dunia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata, menara berketinggian 141.3 meter dan mempunyai 33 tingkat itu mengatasi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhune, Thailand yang berketinggian 132.2 meter. “Tarikh pembinaan menara tersebut adalah pada 1 Mei 2012 dan siap 10 bulan selepas itu iaitu 1 Mac 2013 dan mula digunakan pada 4 April lepas iaitu sebulan awal bagi membolehkan Pengawal Trafik Udara membiasakan diri dengan operasi klia2,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyerahan menara tersebut dari Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada DCA oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di bilik kawalan utama iaitu tingkat 33 menara berkenaan.
Pada majlis itu, Hishammuddin turut menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada wakil Guinness World Record serta Malaysia Book Of Records selain menyaksikan pendaratan pertama membabitkan dua pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH604 dan MH402 di KLIA2. -Bernama

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.