-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 27 April 2014

LAWAK PADANG MAT SIRAT ,Obama mai dak?

PEMBACA

"Hang jangan cakap besag la, kat donia ni boleh la hang temberang, tengok esok kat padang mat sirat tengok camne,kot tak tergagap depan Allah". 

Terkedu sib baik lum terkentut penulis bila Haji Rahim cakap begitu pada Ayah Long gara gara tak sependapat dengan kedatangan Obama ke Malaysia, maklumlah Haji Rahim dari Parti A dan Ayah Long dari Parti B....



Tak sampai seminit setelah semua tercengang dan terkejut dengan ayat Haji Rahim,suara ketawa terbahak bahak mula menghuni kedai minum petang tadi, hampir kesemua ketawa sampai ada yang tercabut gigi palsu tapi cepat dimasukkan semula,  Haji Rahim merasa hairan dan cuma dia saja yang tidak ketawa.

"Pasal pa hangpa dok gelak sakan kat akuu.....tak betui ka apa aku kataaa......"   Haji Rahim yang masih tidak sedar kesilapannya mula bertanya.

"Memang tak betuiii, tuuuuuuuuuuuu...Padang Mat sirat dok tang Langkawi tuuu, pi tutuh pa cakap lagu tuu....padang Masyar laa ajiii oiiiiiiiiiiiiiiiii........" Terdengar jawapan dari antara yang sedang ketawa ituu....

Haji Rahim terselamat kerana KENYATAAN SALAH BELIAU cuma penghuni dalam kedai makan itu saja yang tahu termasuk anda yang baca kisah ni, tetapi SEORANG PENGGUNA media sosial bernama IMRAN FADZIL dibawah ni, malunye lebih besar kerana kemungkinan se Malaysia tahu KESILAPAN KOMENnya, itulah bezanya antara CAKAP DAN TAIP........Apabila anda salah taip, ramai yang akan AMBIL PELUANG untuk KONGSI DAN SEBAR SEBARKAN......
Ingat! Lain kali sebelum nak taip, HATI HATI.....!!

Apapun nasib baik lah Barrack Obama tak nak melawat Padang Mat Sirat ,kalau tidak PASTI "RUNGUTAN dan sengetan" pengguna AKIBAT JALAN JEM akan berkumandang dari Utara sampai selatan ehhh!

KERANA MU OBAMA.......hahaha



Laporan dari tol sg.besi.. Jalan nak masuk kl jem..

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.