-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 27 April 2014

ALASAN @ TIPS TERBAIK JIKA ANDA DIMINTA JADI PENJAMIN......! !

PEMBACA

"Aku nak loan tak lepas, ko jadi penjamin leh?" Kekadang sukar untuk kita beri alasan untuk menolak lebih lebih lagi kawan rapat yang meminta pertolongan,ditambah pula sudah banyak kes "Kita yang TERPAKSA MENANGGUNG HUTANG disebabkan menjamin", betul ?...

Selalunya semasa hendak minta tolong, kemain baik lagi sikap rakan kita ni, tapi selepas dapat apa yang dia hendak, muka pun tak nampak dah, tambah berat lagi, kita dibebani hutang beliau......tidurpun tak lena bebb!

Baiklah, disini penulis kongsikan satu tips untuk elakkan anda menjadi penjamin. Kalau anda diminta menjadi penjamin, mesti PERLU ADA KEPERCAYAAN kepada rakan tadi.....betul tak? Mustahil orang yang anda tak percayai anda berani nak jamin dia!... Persoalan disini " macam mana pula dengan kepercayaan dia kepada anda?? 

Tak faham? Okeh penulis buat dalam bentuk dialog dibawah untuk anda faham apa maksud PERCAYA diantara satu sama lain.

"Ala, tak kan ko tak percaya aku Misbah! Aku bayarlah setiap bulan,lagipun kita kan satu ofisssssssss.......mana aku boleh larii" Kata rakan anda tadi.

"Aku boleh jamin ko tapi dengan syarat......." Anda jawab begini.

"ALah, dengan aku pun nak bersyarat.....apa dia?" Rakan anda bertanya.

"Aku nak kereta tu letak nama aku, ko plak yang jadi penjamin,sebab nanti kalau ko TAK BAYAR, aku tak kisah sangat"........ Ini SYARAT ANDA .

"Giler ker! Abis kalau ko bawak lari kereta tu, Kes nayala aku yang bayar TIAP BULAN". Alasan rakan anda....... (Disini anda dah dapat point.... dia sebenarnya tak percaya pada anda)

"Ape sebab plak aku nak bawak lari, kita kan satu ofis,ko hari hari nampak akuuu......"Nah! Anda dah ULANG SEMULA  ayat rakan anda diatas .......hahahaha!

Nampak? Kita diminta jadi penjamin SEBAB "Tak kan ko tak caya aku?"...... tapi kalau dia gunakan ayat yang sama "Tak kan ko tak caya aku" setelah kita letakkan syarat, nampak sangat RAKAN TU TAK PERCAYA KAT KITA......... so macam mana kita nak percaya kat dia,sedangkan dia sendiri tak percaya pada kita.

Ingat, dalam soal jamin menjamin ni, akan timbul masalah besar jika DIA TAK BAYAR, kita juga yang tanggung rugi, dah la kereta kita tak dapat,kena bayar plak setiap bulan.... nak cakap lebih rakan baik! Jadi ELAK KAN SEBELUM KENA.......

Semoga dapat membantu......


KLIK SUMBER dibawah, ADA BANYAK MAKLUMAT ANDA BOLEH GUNAKAN SEBELUM MENJADI PENJAMIN seperti soalan dan jawapan yang mengerikan dibawah ini


SOALAN -
Adakah saya akan dilepaskan
daripada jaminan tersebut jika
peminjam meninggal dunia?

JAWAPAN - 
Tidak. Institusi kewangan akan membekukan akaun peminjam untuk menentukan
jumlah hutang peminjam tersebut dan sekiranya tidak ada sumber alternatif,
institusi kewangan terlibat akan menuntut bayaran daripada penjamin.

Rujuk sini

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.