-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 18 Mac 2014

MULA TU OK JER, DAH HABIS JADI TAK OK........

PEMBACA

Kejadian ni penulis alami sendiri, jadi fikirlah patut ke tak patut.........kita juga mungkin pernah alami dan mungkin juga ada yang buat sebegini........sama sama ambil iktibar.

"Lepas Isyak jemput datang kedai aku Misbah.......ada buat bacaan solat hajat dan majlis kesyukuran termasuk Yassin dan tahlil  sempena bukak kedai baru niii". Jemput seorang rakan yang diberi peluang untuk buka kedai makan.


" Alhamdulillah.......Insya Allah, kalau tak ada apa apa aku sampai...." . Malam itu selepas Isyak, penulis pun sampai. Memang ramai yang hadir termasuk jemaah dari masjid yang dijemput. Berbisik dihati penulis ,semoga berkat dan murah rezeki rakan penulis ini. 

Bacaan Yassin,Tahlil dan doa dibaca dengan penuh kesyahduan oleh Imam, minta diberi keberkatan dan rezeki ,masing masing kyusuk dan tawaduk mengaminkan doa selepas solat Hajat dilaksanakan.

Nak cari rezeki dibumi Allah ini, kita perlukan petunjuknya agar murah rezeki dan penulis setuju dengan cara rakan ini sempena pembukaan kedai makan barunya....

Selesai majlis, tamu dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan....ALhamdulillah. Sedang penulis dan para tetamu makan, nyanyian karaoke pun bermula........PULOK!! Tak terkata dan tertelan nasi dan para jemaah masjid bila beberapa  penyanyi "Nak jadi ternama " ini lontarkan suaranya........bukan suara mereka tak SEDAP didengari......tapiii

YANG MENYANYI dan cuba hiburkan tamu itu termasuk RAKAN PENULIS TADI bersama anak isterinya...........Pak Imam yang baru setengah jam BERDOA untuknya hampir terbeliak biji mata sambil tersengih sengih.........apa nak kataaa............

Esoknya, dipejabat.

"Pesal ko nampak letih je Am...?" Tanya penulis pada rakan sepejabat yang juga hadiri majlis pembukaan kedai malam tadi.

Dengan riak wajah orang menahan mengantuk, rakan penulis itu berkata.......

" Mau tak letihhhhhhh....cekat pukul 4 pagi baru aku balik....Karaoke sampai pagi kami SEMALAM........"

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.