-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 12 Mac 2014

MH370- ADAKAH INI BUKTI GAMBAR DI EDIT POLIS?

PEMBACA
Anda rujuk artikel dibawah dan lihat BUKTI yang diperkatakan GAMBAR itu EDIT..........BENARKAH? 
SEPANG – Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


“Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut.
“Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama.
“Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan,” katanya.
Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19.
Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan dengan pengganas.
Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol mengenalpasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.
SUMBER - DISINI 

INI BUKTI YANG DISEBARKAN......

Pandangan penulis, BERDASARKAN garisan PUTUS ,ianya bertepatan dengan kenyataan diberi oleh pihak Polis sebab selalunya orang akan edit dibahagian MUKA bukan pinggang eh!........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.