-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 17 Mac 2014

AKHBAR BANYAK BERITA TAK BETUL........Anak pun tahuu!

PEMBACA



"Ibu...duit siling apa paling besar dan BERAT...." Tanya anak bongsu Nur semasa Nur sibuk didapur.

"Syiling lima puluh sen ....itupun yang lama .......kalau siling 50sen yang baru kecik dan ringan"Jawab Nur tanpa syak wasangka.


" ooooo....bagi aniq pinjam boleh?" Katanya lagi.

"Cuba cari kat dalam beg ibu....." Jawab Nur, juga tanpa syak wasangka.

Sempat Nur menjeling pada anak bongsu yang terus meluru kebilik untuk mendapatkan duit syiling ......Nur teruskan aksi panas didapur.....err.....memasak kan panas hehehehe

Selesai memasak, Nur ke ruang tamu.....kelihatan anak bongsu Nur sedang lambung syiling ke atas dan ditanduknya syiling itu umpama pemain bola......adehh! Apa hal pulak ni, bisik Nur dalam hatii.......

"Iskkk......apa adik buat tuuu......." 

" Tak la, Aniq nak BUKTIKAN berita yang Aniq baca tadi berita PALSU, berita tak betul......" Jawabnya sambil baling dan cuba tanduk lagi suit syiling.

"Hisssssssss....berita apa yang Aniq baca". Nur masih tak faham........

"INIIIIIIIIIIII...........cer ibu baca, Aniq dah puas tanduk syiling ni TAPI tak cedera WALAU SEDIKIT PUN .........." Sambil ditunjukkan akhbar KOSMO yang beritanya dibawah........

Siling runtuh, empat cedera

SERDANG – Seorang pegawai perubatan dan tiga jururawat cedera apabila dihempap 15 keping siling yang runtuh ketika sedang bertugas di kaunter jururawat wad kecemasan, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Serdang di sini semalam.

Kejadian pukul 2.45 pagi itu berlaku apabila siling-siling yang runtuh itu menghempap kepala dan belakang badan keempat-empat kakitangan berkenaan yang berada di kaunter tersebut. Beberapa pesakit yang berada di dalam bilik rawatan berhampiran tidak cedera.

"Kan......cer ibu bukak pula muka  surat 7, kalau masih ragu lagi yang akhbar sekarang ni banyak berita tak betul......BERITA PELIK!"Kata sianak lagi sambil menunjukkan Nur berita politik yang tajuknya seperti dibawah.......

PEMUDA TAK MENGAKU SALAH EDAR  RISALAH FITNAH.

"Emmm......apa yang peliknya dikkk......." Tanya Nur selepas habis membaca artikel seperti tajuk diatas.

"Ibu ni laaa, kurang fokus............Dah tahu SALAH kenapa EDAR LAGI riSALAH........dah tu TAK NGAKU lak...kan PELIK berita tu ibuuu." Kata si anak dengan penuh keyakinan...........

ADOIIIIIIIIIIIIIIII!!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.