-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 9 Februari 2014

WAJIB TERASA!! TAIB MAHMUD DAN SPR KANTOIII..........oi! oi!

PEMBACA

Emak selalu berpesan, jangan suka menuduh orang ,kelak tuduhan itu akan kembali pada kita semula kerana apa yang Allah rancang kita tak nampak .......maka benarlah kata emak bila kita dihadapkan dengan dua situasi kantoi dibawah.

Ramai dah tahu dan telah disahkan oleh Perdana Menteri bahawa Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud letak jawatan.....masa ini tempiasnya sedikit jika nak dibandingkan dengan peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh kerana kedua duanya MASIH HIDUP ....TETAPI TEMPIAS NYA JADI ISU BESAR BILA.....


Taib Mahmud  PERLU JUGA MELETAK JAWATAN SEBAGAI ADUN BALINGIAN sekiranya beliau mahu menjadi Yang Dipertua Negeri......nampak?? Selama ni ramai menuduh Anwar gila jawatan, sanggup menggunakan demokrasi songsang untuk menjadi MB Selangor, dalam kes Taib Mahmud camne pulak?? 

BAK kata pihak disebelah sana,ini semua MEMBAZIR.......tapi dalam kes Taib Mahmud ni berani ke DISEBUT MEMBAZIR kerana Taib Mahmud letak jawatan untuk dapatkan jawatan lebih tinggi?? 

Menurut Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi Utom, Taib telah menyuarakan kepada pemimpin BN negeri untuk meletakkan jawatan sebagai ketua menteri sebelum hujung bulan ini.

"Kita perlu mematuhi keperluan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan jika memerlukan adanya pilihan raya kecil, kita akan hadapinya," kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di Petra Jaya hari ini.

Taib dispekulasikan merancang untuk berada di posisi yang membolehkan beliau terus mempunyai pengaruh kepada politik negeri itu selepas 33 tahun menerajui pentadbiran tertinggi Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri kini bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari ini.

Seorang yang di-Pertua Negeri dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan negeri. Gabenor adalah ahli Majlis Raja-raja tetapi tidak mendapat kelebihan penuh dan kuasa seorang sultan.

RUJUK BERITA DISINI 

DISINI juga kita akan lihat, SAMADA SPR JUGA AKAN LEWATKAN tempoh PRK Dun Balingian sama seperti yang dilakukannnya dalam PRK Kajang??

Ok, kita lihat pula SPR , kerana bila ada pilihanraya SPR mestilah muncul kerana dia KAN PENGADIL YANG ADIL lagi bertanggung jawab.........err errr 

Semasa PRU yang lalu ,isu dakwat TIDAK KEKAL kecoh diperkatakan hingga seorang Mejar DIAMBIL TINDAKAN kerana menyebarkan ISU INI yang seharusnya anda baca  Rujuk Disini .

Dipihak SPR pula mereka mempertahankan yang dakwat itu KEKAL yang salah ialah cara pengggunaan dakwat itu iaitu tak GONCANG dulu.......

AKAN TETAPI.........TRIBA TRIBA KELUAR PULA KENYATAAN DARI MULUT SPR SENDIRI BAHAWA mereka AKAN MENCARI PEMBEKAL DAKWAT YANG LEBIH BAIK yang memberi maksud bahawa dakwat sebelum ni MEMANG TAK KEKAL!

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat kekal yang baharu daripada pembekal luar negara pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi menjamin kualiti dan ketahanan dakwat untuk tujuan PRK itu, SPR akan mengimport semula daripada pembekal luar negara.

Menurutnya, dakwat kekal akan terus diaplikasikan dalam pilihan raya kerana ia telah ditetapkan dalam proses pengundian.

"Ya, kita akan dapatkan dapat baharu dari pembekal kita.

"Ia sudah pasti akan lebih tahan lama, daripada sebelum ini," katanya pada sidang media di bangunan SPR, di sini, hari ini.

SUMBER SINI - 


TIDAKKAH ITU JUGA KANTOIII?? 

Dalam pada itu, Wan Ahmad juga berkata, dakwat kekal yang akan digunakan pada PRK tersebut diperolehi daripada pembekal yang baru.

"Kita telah ambil daripada pembekal baru bagi mengelak perkara yang sama berlaku," katanya lagi.
                                                                                                                                                         
Bagaimanapun apabila diminta mengulas berapa lama dakwat tersebut akan kekal, Wan Ahmad berkata, SPR berharap dakwat kekal yang dicelup itu nanti akan bertahan lama melainkan jika tidak ada usaha untuk membersihkannya.

"Saya tak boleh nak kata berapa hari ia akan kekal, kalau tidak ada usaha hendak bersihkannya ia akan tahan," katanya.

BERITA PENUH SINI 


1 Mesej diterima:

Politik Malaysia ni dasar demokrasi sarkas..

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.