-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 17 Februari 2014

PENEROKA DERA ISTERI ............ADEH!

PEMBACA

Semalam Nur kena masuk Felda lagi atas urusan kerja...ahaks! Bila saja diarahkan ke sana, segera Nur teringat kisah yang Nur alami beberapa bulan yang lalu.......KLIK SINI,semoga kali ni semuanya berjalan dengan baik.

Seawal pagi Nur dan seorang rakan sepejabat dah pun memasuk kawasan Felda, semasa memandu, Nur teruja lihat ramai isteri isteri peneroka sedang sibuk bergotong royong membersihkan kawasan rumah mereka......lebih lebih lagi tiada seorangpun kelibat peneroka...semuanya penerokawati...ahakss!


Satu pemandangan yang menarik lebih lebih lagi isteri isteri peneroka yang bergotong royong itu hampir seusia dengan emak Nur sendiri, malah ada dikalangan mereka yang bertongkat tetapi tetap bersama sama membantu sekadar mampu.

"Patutlah cantik pemandangan kat sini, mereka ni rajin kan Daisy." Puji Nur 

"Itulah, tak kala suami masuk ladang, isteri mereka pula rajin menceriakan pemandangan ...best kan" Kata rakan sepejabat Nur. 

"Agaknya hari ni mereka ada gotong rotong kot....semuanya wanita.......cayalah Makcik! " Nur puji lagi kerana  cuma di kawasan Felda saja kita dapat melihat perkara begini, kalau dekat bandar yang mengemas dan indahkannya pastilah pekerja MBJB.

"I tak sempat sarapan tadi, kita singgah dulu mana mana warung ,karang dah jumpa Client takut lewat plak".......Teruja punya pasal, Nur pun terlupa belum sarapan pagi tadi....adeh!

" Nur pun sama.....okey kita singgah kedai depan tu, nampak macam ramai orang........" Kata Nur yang ikut petua En Somi, kalau nak makan di kedai yang masakan mereka sedap, cari saja kedai yang ramai orang.

Errr.........Errr.......Langkah kami berdua terhenti sebentar sebelum masuk kedalam kedai makan tersebut. Kami seolah olah tergamam melihat para pelanggan yang memenuhi setiap meja makan disitu.....

Adoiii! 

Kesemuanya PAKCIK PAKCIK yang Nur yakin mereka adalah PENEROKA.......Adoiiii! Isteri mereka bergotong royong ,mereka HU HA HU HA kat sini..........adehhh!!

"INI PENDERAAN ni Nurr......hahaha' Sempat juga Daisy berbisik perli pada Nur...Adoii!





0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.