-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 11 Februari 2014

PANAS!! USTAZ KAZIM ELIAS PATUT DISALAHKAN ?

PEMBACA

Panas.......panas .............aduhaiii!! Kenapa?  Kenapa??

Penulis yakin ramai yang kenali penceramah bebas Ustaz Kazim Elias yang begitu diminati oleh isteri +Nur Camelia Huda dan abah penulis. Memang Ustaz Kazim banyak menyelitkan unsur lawak dalam ceramahnya....semuanya mempunyai maksud dan tarikan untuk kita .

Tapiiii.....ada sesetengah orang tersalah anggap, diambil yang buruk iaitu KETAWA .....tidak diambil ILMU dari ketawa yang beliau malah ustaz ustaz lain kongsikan......sudahnya, Ustaz dipersalahkan kerana LEBIH MELAWAK DARI MENGAJAR. 


TAKPE...CUBA IKUTI pula KISAH DIBAWAH? ADAKAH USTAZ KAZIM ELIAS JUGA PERLU DISALAHKAN dalam kes ini??

"Malam ni ada ceramah Ustaz Kazim kat Masjid, ko gi tak Majid". 

" Mestilah aku gii....kalau tidak kesian kat bapak aku letak nama MAJID...cuma tertinggal S jerr ......ko nak ikut? Tanya pula Majid pada rakannya lagi seorang yang asyik membaca kitab.

"Bolehh...aku no halll...". Maka mereka bertigapun bersiap untuk  ke Masjid sebelum masuk waktu Magrib...... 

Sebelum memulakan perjalanan ,

"Nanti, jangan gerakkan kereta dulu, biar aku baca doa naik kenderaan duluu...." Kata Majid sambil membaca doa dan diaminkan oleh kedua rakannya.

Sampai di Masjid.......sebelum melangkah kaki ...sekali lagi Majib berkata.

"Baca doa masuk Masjid duluuuuuuuu......." Maka sekali lagi Majid berdoa sambil diaminkan oleh kedua rakannya semoga mereka diberi keberkatan kerana sudah berada dirumah Allah.

Alhamdulillah......selesai ceramah mereka bertiga pun beredar, macam biasa...dalam kereta Majid berkata,

"AKu teringat kata kata Ustaz Kazim Elias tadi, baca doa biarlah Mustajab...jadi ko lah baca doa naik kenderaan....." Arah Majid pada rakannya yang berada disebelah pemandu.

Maka sekali lagi doa naik kenderaan dibaca sebelum mereka berlalu pergi . Oleh kerana masih awal dan kebetulan ketiganya belum makan, mereka pun singgah di warung mamak 

Sebelum makanan dan minuman mencecah mulut....rakan Majid pula berkata,

" Ehh! Ingat pesan Ustaz Kazim ....baca doa biarlah  Mustajab.....dah cepat baca......aku doa makan ni tak hafal sangat.... " Kata rakannya sambil tersengeh malu.

"Alaa...ko memang!!!  selalu mengelak bila bab baca doaa...aku tau sangat" Perli Majid sambil menadah kedua tangannya. 

"Isk ko ni, dah nama aku kan AMIN.....tugas aku cuma AMINkan doa jer la..." Jawab rakan yang bernama  Amin itu  sambil dia dan Majid "Aminkan" doa yang dibaca oleh rakannya tadi. 
Selesai makan....mereka bertigapun pulang kerumah........Sampai dipintu rumah.

"Bak kata ustaz Kazim kan......baca doa biarlah Mustajab...elok kita baca doa sebelum masuk rumah niii....." Arah Majid pada rakannya  sambil menjeling pada  Amin....

"Ya ...ya...aku setuju sangat......" Amin dan Majid mula mengangkat tangan  sambil menanti rakan mereka membaca doa masuk rumah.

TAPIII, Rakan nya itu cuma diam, dia PERHATIKAN gelagat kedua rakannya itu,

"Isk...cepatla baca doa Mus...aku nak Istinjak dah niii......." Kata Amin tak kala melihat rakannya yang bernama Mus itu cuma diam sambil memerhati dirinya dan Majid.

" Korang ni pehalll......asyik aku jer baca doa...kan selalu MAJID yang baca..." Tanya rakannya sambil memandang Majid.

"Iskkkkkkk....kita kan ikut saranan Ustaz Kazim, dah ustaz kata begitu, kita ikutlah..."Jawab Majid sambil gerakkan kepalanya kepada Amin.

"Entahnya......LAGIPUN USTAZ KAZIM DAH PESAN "baca doa biarlah Mustajab".....tak kan ko tak nak ikut plakkk.........." Amin pula menjawab sambil menahan kencing. 

" Arghhhhhhhhhhhh!!! Rakannya itu mula tension...iyelah kan, sejak balik ceramah tadi asyik dia jer kena baca doa...mau tak tension!!
  
"Isk, ko ni Mus... ko FAHAM TAK apa pesan Ustaz Kazim tadii?? Kan Ustaz Kazim cakap BACA DOA BIARLAH MUSTAJAB.......jadi kami BIARLAH ko yang bacakan doa, kan nama KO MUSTAJAB BIN RAMLI........." Terang Majid sambil disambut senyum simpul si Amin manakala Mustajab terus TERDUDUK dengan jawapan itu..........ADUYAIIIIIIIIIIIIIIII!!!! 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.